Tuesday, August 19, 2014

Its 1 year already!!!`

Salam

Sedar tak sedar dah masuk 1 tahun usia perkahwinan fa dengan my mr right... Alhamdulillah... tiada kata yang dapat fa tulis dan luahkan.. hanya mampu sujud dan bersyukur dalam tiap solat 5 ku....

Tika masa ku gelap gelita..
Jatuh tersungkur tanpa petanda.
Ku pilih Redha sebagai jawapan..
Walaupun pahit untuk menerima..
Walaupun sukar untuk berpegang...
Tetap ku yakin...
DIA Maha Mengetahui..
DIA Maha Pengasih dan Penyayang...

Dipermulaan semangat baru..
Dipertengahan perjalanan itu...
DIA temukan aku dengan si dia.. 
DIA gerakkan hati-hati kami untuk bersapa ...
DIA aturkan kisah kami sepantas waktu dan masa...
Ku kira benar mengikut yang seharusnya..

Perkenalan singkat..
Pertemuan yang jarang...
Tiada kisah Uda dan Dara sebelumnya...
Tapi kisah cinta agung bermula selepasnya...

Sesungguhnya Allah sebaik-baik penentu...
dan itu benar....

Kini...
dia imamku...
dia pelengkapku...
dia sempurnakan ku..
dia pelindung ku...
dia teman ku..
dia guru ku..
dia pemujuk ku..
dia senyuman ku..
dia kebahagiaanku...
dia syurgaku...

Tak pernah lekang dibibirku dalam doa-doaku..
agar kita kekal bersatu hingga ke Jannah..
di kurniai cahaya mata, saham akhirat...

Kini terpasak teguh matlamat ku...
menjadi yang terbaik disisi Allah dan Rasul..
menjadi yang terbaik untukmu
dan
menjadi bidadari mu di dunia dan akhirat...

:: itulah rahsia Illahi ::


khas buat kekasih hati ku
- dari si manja mu -












1 comment:

sYiRa LoKMaN said...

SELAMAT MALAM :) KEMBALI BLOGWALKING ^_^