Thursday, April 17, 2014

Sayunya hati.. Gerun.. Isu Wardina & Ustaz Don

Salam..


Mesti ada yang dah dengarkan tentang isu kak Wardina dan Ustaz Don... fa tak berani nak ulas apa yang dibahaskan.. sebab diri ini bukan lah ulamak untuk mempersoalkan malah cetek sangat ilmu didada ini.. tapi dalam membaca setiap titipan tulisan dan video yang dikemukakan... menyelidik asal video yang dipaparkan.. fa rasa ada sesuatu yang tak kena disitu.. INI CUMA PENDAPAT SAYA

fa paham kak wardina betul-betul nak penjelasan dan dahagakan ilmu... pada hemat fa ustaz sekarang agak busy dengan kerja beliau.. beliau menantikan waktu yang sesuai untuk menjawab persoalan tersebut... so sama-sama kita nanti kan... cuma dalam mencari ilmu ini ada adab-adabnya... ada cara tata susilanya... even di sekolah pun kita kalau nak bertanya sesuatu yang tak pasti kita akan angkat tangan dan bertanya secara sopan pada cikgu.. betul tak?? ke ada yang kalau nak tanya soalan pergi kat papan kenyataan and tulis soalan ala-ala notis announcement siap dengan nama cikgu and kesalahan yg cikgu buat/apa yang kita nak tanya/ragu-ragu kat situ... tak kan... sama la juga disini... nak menuntut ilmu kena la bersopan, baru ilmu yang dituntut berkat.. malah silaturahim antara umat pun semakin erat... ye idak... begitu juga dengan menegur... bak kata orang lama "menarik rambut dalam tepung, tepung tak berselerak dan rambut tak putus"

Apa yang kita tulis atau luahkan mencerminkan peribadi kita. Peribadi kita juga mencerminkan asuhan ibu bapa dan guru kita. Hidup nie berantai.. bukan saja nama diri yang perlu dijaga malah sekeliling kita juga adalah tanggungjawab kita. 

Berbalik dengan video asal tue... setahu fa video tue dikirimkan oleh Puteri Nur Diyana kepada kak wardina.. fa ada baca status-status beliau (Puteri Nur Diyana)... maaf fa katakan disini, kebanyakannya status beliau berbentuk provokasi dan banyak menimbulkan perbalahan yang tidak sihat sesama muslim... seandainya niat beliau ikhlas untuk menyebarkan ajaran Islam.. pada pendapat fa, rujuk la cara ulamak menyebarkan ilmu dan kebenaran... rujuk la adab dan cara sebenar islam dalam menyampaikan sesuatu.. yang pasti apa yang disampaikan semuanya secara berhikmah dan menyentuh jiwa.. bukannya mencetuskan perbalahan... Ingatlah.. niat tak menghalalkan cara... mungkin niat kita baik tapi cara kita itu mungkin akan menyebabkan perpecahan ummah... santun lah dalam menyampai... lembut la dalam berhujah... hikmahlah dalam perbahasan... Ingat, seluruh anggota kita menjadi saksi di akhirat nanti... apa yang diperkatakan akan dipersoalkan kembali... Berfikirlah sebelum melontarkan sesuatu...

Semakin lama semakin berlarutan isu ini dan semakin lama semakin berpecah umat Islam dengan isu ini.. masing-masing hendak menegakan apa yang mereka rasa betul.. Pada pendapat fa, hentikan apa-apa kenyataan hingga ustaz menjawab persoalan yang timbul.. sedih melihat sesama Islam bergaduh... ini lah yang nak dilihat oleh musuh Islam... perpecahan?? Islam agama yang sangat kuat bila bersatu .... sangat digeruni oleh agama lain... tapi bila Islam mula berpecah/bertelagah, musuh akan tersenyum lebar... dan fa pasti ini yang tengah dilakukan oleh mereka sekarang... gembira bila kita runtuh... sejujurnya fa sayu melihat percanggahan yang tidak sihat seperti ini... 

Fa hormat ulamak dan orang berilmu... kerana mereka pewaris nabi... mereka juga lah mengingatkan kita bila kita lalai....

Ini cuma pendapat fa, insan yang sedih dan kecewa melihat apa yang berlaku kini. Mudahnya umat Islam digugat dan dijentik imannya pada zaman sekarang.


wasalam..


1 comment:

Petak Bunga said...

Sy suka sgt ustz don. Sy x fhm sgt sebenrnya apa yg ustz don kata. Cuma bc apa yg dibalas je.

Jujur sy dr dulu x brpa berkenan dgn wardina. Pendpt peribadi, sb sy rasa dia bijk cuma kdg ada riak sikit.

Harp ustz dpt setle, kdg maksud kita ckp lain org faham lain.