Friday, February 28, 2014

salam Jumaat

Salam Jumaat semua...

Sedar tak sedar dah nak masuk bulan 3 sudah..cepat nya masa berlalu... pantas sangat sampaikan tak sedar sudah hanpir 6 bulan fa bergelar isteri orang.. still rasa macam baru je kawin.. tapi bila kira-kira balik eh dah 6 bulan... time walk too fast....

sambil-sambil scroll facebook, fa terjumpa status ulamak terkenal, Dr MAZA.. mengulas tentang cinta... jom renung kn :)

::Cinta adalah rezeki. Bak kata Nabi s.a.w tentang isterinya Khadijah: "Aku telah direzekikan cintanya" (Riwayat Muslim). Apabila ada orang mencintai kita itu merupakan rezeki kerana bukan semua orang dicintai. 
Seseorang yang beristeri ataupun bersuami belum tentu mendapat nikmat 'dicintai' ataupun 'mencintai'. Apabila kita mempunyai isteri ataupun anak yang cinta dan kasih kepada kita maka bersyukur atas rezeki cinta itu.
Apabila ada orang tampil menyatakan cinta dan kasih kepada kita, maka kita bersyukur. Mungkin kita dapat membalaskan kembali cintanya dalam bentuk ikatan tertu, mungkin juga tidak. Namun rasa cintanya kepada kita amat kita syukuri kerana ramai orang tercari-cari cinta dan kasih sayang di sana-sini tidak berjumpa sedangkan kita memperolehinya. Apa yang penting urusan cinta dan kasih itu dikendalikan dengan cara yang betul.
Apabila seorang sahabat memberitahu Nabi s.a.w bahawa dia menyayangi seseorang kerana Allah. Nabi s.a.w menyatakan: "Beritahulah dia". Lalu orang itu memberitahunya: "Aku mencintaimu kerana Allah". Lelaki itu menjawab: "Moga Allah mencintai engkau yang mencintaiku keranaNYA". (Riwayat Abu Daud).
Terima kasih kepada semua mesej cinta dan kasih, moga Allah memberikan kebaikan untuk kita semua.::

...DR MAZA...

3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

salam jumaat fa...

S. Faezah said...

salam jumaat yg barakah :)

Mar Mansor said...

salam jumaat fa..cinta sesuatu yang unik