Friday, January 17, 2014

Ujian dari Allah

Salam Jumaat semua ...



Tidak lengkap iman seseorang andai tiada ujian dari Allah
Allah menguji kita sama ada dari segi kemewahan, kesusahan, keikhlasan ataupun sekeliling kita
Allah maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
Al-Quran dititipkan sebagai panduan..
Iman disemai sebagai memperkuatkan keyakinan..
Sunnah sebagai contoh ikutan penyelesaian masalah..
Ulamak tempat rujukan dan penyelesaian kekusutan...
Andai ada lagi yang bersungut hidup ini sukar...
pasti keempat-empat diatas ada yang rapuh dalam diri kita...
muhasabahlah....

Kita dikurniakan akal untuk berfikir...
untuk mencari jawapan pada setiap persoalan...
jangan sesekali bangkitkan alasan tidak punya masa
tidak punya waktu untuk memulakan pencarian..
kerna di akhir nanti pasti sesuatu yang mengecewakan bakal menanti...
permulaan nya sudah goyah..
masih ingin mengimpikan yang gah di penghujungnya??

sekeliling yang memerhati...
perlukah sindiran dan cacian dihidangkan sepanjang perjalanan itu..
insan sentiasa dalam landasan pembelajaran..
dan setiap pembelajaran itu pasti ada yang tersalah langkah
belajar lah melalui kesalahan...
guru yang terbaik juga adalah kegagalan...

kita tidak pernah dianugerahkan mohor untuk sentiasa diatas 
dan memerhati mereka yang dibawah dengan sindiran..
ingatlah hukum karma...
setiap yang berlaku pasti berbalik pada diri...
disitulah keangkuhan dan keikhlasan diuji dan dipertontonkan..

Pada diri yang sedang diuji..
ingatlah..setiap ujian itu tanda kasih sayang dariNya...

^_^
wasalam




3 comments:

Mar Mansor said...

betul tu fa..tanpa kegagalan tiada kejayaan..

TelingaBulat said...

bila saat kite diuji itu lah tandanya dia mengasihi kite..kite ptt bersyukur menjadi org yg terpilih kerana ini ;)

cik mah said...

Insyaallah semuanya ada hikmah..bnyk bersabar ye...