Saturday, December 28, 2013

Bahangnya mula terasa ~ semua makin meningkat!!!!

Salam....


Sejak 2 minggu lebih jadi student balik nie baru fa terasa bahangnya dengan kenaikan segala macam harga... nasi yang dulu RM4 dah jadi RM4.70?? belum campur dengan air + minyak keta + tol + barang-barang keperluan... nie belum tahun depan lagi yang sedia maklum dah dijanjikan dengan GST... oh my... 

Kalau dulu makan minum semua di rumah.. so tak terasa sangat.. tapi sekarang bila dah duk hostel.. terpaksa la beli makanan.. purse semakin mengempis...duit keluar macam air paip.. sangat terasa sebagai manusia yang masih bergelar student dan belum mempunyai pendapatan yang tetap...ini bukan merungut... cuma terpikir... beban nya kehidupan sekarang.. yap... dulu dan sekarang lain.. sekarang dah maju dan taraf hidup dah tinggi... perlukan perubahan... yap... perubahan itu perlu... tapi bukan kah perubahan kearah yang lebih baik?? Kadang gerun untuk merenung masa hadapan yang penuh dengan beban rekaan manusia... beban PTPTN yang sedia maklum telah redha dan akan berusaha membayarnya... beban kos keperluan harian yang semakin hari terpaksa dikurangkan... dan kini beban kenaikan harga yang tersangat tinggi....

Katanya.. berbelanja mengikut keupayaan dan bukannya mengikut kehendak... tetapi reality nya keupayaan sentiasa tidak seiring dengan kehendak semasa... kenaikan barang tidak seiring dengan kenaikan gaji dan sumber kewangan.. yang dibawah masih di bawah dan yang diatas semakin keatas... 

Katanya jika ayam mahal.. makan la ikan... secara telusnya boleh ditafsir dengan yang tidak berkemampuan buatlah cara tidak berkemampuan dan yang mampu nikmati lah sebaik mungkin... dalam kontek ini saya melihat ketidakseimbangan berlaku dan secara lansungnya jurang taraf antara rakyat semakin meningkat.. yap saya bukan lah seorang pelajar economi untuk menilai apa yang berlaku ini secara tepat tetapi secara logiknya dalam situasi sekarang yang merasa nikmatnya adalah golongan yang berada diatas. 

Kenaikan semua barang saya percaya benar-benar menyentap hati rakyat negara ini.... kenaikan yang tidak setaraf dengan kemampuan dan membebankan rakyat ini benar-benar membuka minda masyarakat tentang hala tuju dan negara apakah ini yang sedang diciptakan oleh mereka-mereka itu. Saya yang sentiasa berfikiran positive dalam semua aspek kini juga mula goyah dengan strategi mereka. 

Sebagai rakyat yang semakin sesak dan diasak dengan beban kehidupan kini berharap agar beban yang ada itu dapat dikurang dan dihapus dari bahu kami... 

kerana tidak mungkin saya akan berpindah ke negara lain sedangkan ini negara saya dan saya berhak keatasnya...
andai hak saya dinafikan...
kelak pasti saya tuntut...
kerana ini adalah negara berdaulat dan berdemokrasi...
^_^

#peace, ini cuma luahan hati rakyat negara ini yang terkesan dengan taraf hidup yang semakin tinggi... bukan bermaksud tidak bersyukur tetapi cuba mencari logiknya mengapa beban itu terpaksa dipikul oleh kami yang tidak seberapa...

No comments: