Monday, December 30, 2013

Updated First Giveaway by effafarhana

Salam...

Fa nak update tentang GA "First giveaway by effafarhana".. secara rasminya yang join GA nie adalah seramai 58 orang... fa dah update dekat senarai peserta nie.. so pada sesiapa yang belum or tak join melalui ruang yang fa sediakan maka penyertaan anda tak sah ye huhuh... so fa bagi masa hingga 01.01.14 untuk sesiapa yang belum join GA nie melalui box yang fa sedia kan untuk fill in box tue ye... jangan tinggal link penyertaan anda dekat comment... pada yang tak ada twitter, anda masih boleh join... ^_^

Wasalam....

Sunday, December 29, 2013

First Giveaway By Effafarhana

Salam..

(STICKY POST)

Bismillahhirahmanirahim... dengan ini fa berbesar hati melancarkan first giveaway fa. Sudi-sudi la join ye kawan-kawan ^_^



::cara-cara penyertaan::

#mesti dan wajib mempunyai blog dan facebook
#warganegara & menetap di Malaysia
# copy, paste banner diatas di entry korang and back link dekat page ini
# isi & tinggalkan link page di ruang dibawah (bukan diruang comment ye)



# follow blog
:: Miss Ayati (click mana-mana iklan yang ada dalam blog ini ye)::

#Like page
:: effafarhana (share salah satu photo dalam page nie) ::

#follow twiter 

#click iklan2 comel nie sampai abis loading ye :)
:: love :: is :: miracle :: trust :: ur love :: *sila jujur ya

that all guys... 
pemilihan 7 pemenang akan dibuat oleh en Random..
so apa lagi jom ramai-ramai memeriahkan GA nie ^_^

 :: senarai hadiah :: senarai peserta :: *akan di update

Giveaway ini akan tamat pada 11.30 pm  29/12/13

*setelah random selected dibuat, hanya pemenang yang mengikuti semua syarat-syarat diatas sahaja akan diumumkan sebagai pemenang, sekiranya tidak memenuhi syarat, random selected kali kedua dan seterusnya akan dibuat. Harap maklum.
Thank you ^_^

Happy birthday B

Salam...

entry khas untuk teman dunia akhirat fa :: en hubby ::


Selamat hari lahir sayang... 
Semoga b dikuatkan iman dan dipanjangkan umur untuk terus membimbing sayang hingga ke Jannah...
Semoga kita dimurakan rezeki untuk menimang cahaya mata...
Semoga kasih diantara kita kekal utuh dalam redha Ilahi...
Semoga Jodoh ini kekal hingga ke syurga...

Selamat hari lahir sayang...
you have complete me...
Guide me...
make me feel like I the most lucky person in the world...
Support me when ever I need it
and most of important...
you never leave me alone...

Sselamat hari lahir sayang...
love you now and forever... 

::your sayang ^_^ ::

Saturday, December 28, 2013

Bahangnya mula terasa ~ semua makin meningkat!!!!

Salam....


Sejak 2 minggu lebih jadi student balik nie baru fa terasa bahangnya dengan kenaikan segala macam harga... nasi yang dulu RM4 dah jadi RM4.70?? belum campur dengan air + minyak keta + tol + barang-barang keperluan... nie belum tahun depan lagi yang sedia maklum dah dijanjikan dengan GST... oh my... 

Kalau dulu makan minum semua di rumah.. so tak terasa sangat.. tapi sekarang bila dah duk hostel.. terpaksa la beli makanan.. purse semakin mengempis...duit keluar macam air paip.. sangat terasa sebagai manusia yang masih bergelar student dan belum mempunyai pendapatan yang tetap...ini bukan merungut... cuma terpikir... beban nya kehidupan sekarang.. yap... dulu dan sekarang lain.. sekarang dah maju dan taraf hidup dah tinggi... perlukan perubahan... yap... perubahan itu perlu... tapi bukan kah perubahan kearah yang lebih baik?? Kadang gerun untuk merenung masa hadapan yang penuh dengan beban rekaan manusia... beban PTPTN yang sedia maklum telah redha dan akan berusaha membayarnya... beban kos keperluan harian yang semakin hari terpaksa dikurangkan... dan kini beban kenaikan harga yang tersangat tinggi....

Katanya.. berbelanja mengikut keupayaan dan bukannya mengikut kehendak... tetapi reality nya keupayaan sentiasa tidak seiring dengan kehendak semasa... kenaikan barang tidak seiring dengan kenaikan gaji dan sumber kewangan.. yang dibawah masih di bawah dan yang diatas semakin keatas... 

Katanya jika ayam mahal.. makan la ikan... secara telusnya boleh ditafsir dengan yang tidak berkemampuan buatlah cara tidak berkemampuan dan yang mampu nikmati lah sebaik mungkin... dalam kontek ini saya melihat ketidakseimbangan berlaku dan secara lansungnya jurang taraf antara rakyat semakin meningkat.. yap saya bukan lah seorang pelajar economi untuk menilai apa yang berlaku ini secara tepat tetapi secara logiknya dalam situasi sekarang yang merasa nikmatnya adalah golongan yang berada diatas. 

Kenaikan semua barang saya percaya benar-benar menyentap hati rakyat negara ini.... kenaikan yang tidak setaraf dengan kemampuan dan membebankan rakyat ini benar-benar membuka minda masyarakat tentang hala tuju dan negara apakah ini yang sedang diciptakan oleh mereka-mereka itu. Saya yang sentiasa berfikiran positive dalam semua aspek kini juga mula goyah dengan strategi mereka. 

Sebagai rakyat yang semakin sesak dan diasak dengan beban kehidupan kini berharap agar beban yang ada itu dapat dikurang dan dihapus dari bahu kami... 

kerana tidak mungkin saya akan berpindah ke negara lain sedangkan ini negara saya dan saya berhak keatasnya...
andai hak saya dinafikan...
kelak pasti saya tuntut...
kerana ini adalah negara berdaulat dan berdemokrasi...
^_^

#peace, ini cuma luahan hati rakyat negara ini yang terkesan dengan taraf hidup yang semakin tinggi... bukan bermaksud tidak bersyukur tetapi cuba mencari logiknya mengapa beban itu terpaksa dipikul oleh kami yang tidak seberapa...

Friday, December 27, 2013

booking time!!!!!!!!

Salam Jumaat semua...

Alhamdulillah.. setelah seharian flat semalam.. hari ini kembali bertenaga hehehe.... Alhamdulillah semalam fa dah selesai urusan viva... alhamdulillah juga semuanya berjalan dengan lancar... and now time to book hotel for holiday!!! yeay!!!!

Since next week is my hubby birthday plus me dah selesai viva and waiting for make correction... en hubby follow kan aja tempat mana yang nak fa pergi and harus la fa pilih tempah nie... jeng jeng jeng.... *biar rahsia dulu eh.. nanti-nanti fa citer....

click-click then survey-survey... done booking!!! semuanya mudah dengan agoda ^_^



tak sabar nak pergi.. my favorite location to release tension & have a peace there... since we don't have any opportunity for any official vacation aka honeymoon until now, I think this is the best and the right time for us to spend our quality time together.. excited waiting until that day...

ermmm ada satu lagi masalah... birthday en hubby just around the corner.. nak bagi apa eh... bila di tanya 
"b xda nak request apa-apa ke?" 
en hubby jawab "sayang pun dah cukup" 
acaner??? blank seketika... 
sweet like candy crush...

so until now still memikirkan apakah yang perlu diberikan...
senyuman ok x??
hehehe



Thursday, December 26, 2013

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Syukur dengan Rahmat Mu.. 
Syukur dengan Bantuan Mu.. 
Syukur dengan belas kasihan Mu..
Syukur Kau permudahkan segalanya Ya Allah...
Alhamdulillah atas segalanya...

Terima kasih atas semua doa...
terima kasih atas semua ucapan...
terima kasih atas semua dorongan...
terima kasih atas segalanya..

Alhamdulillah....

Today is the day

Salam....  :: 9.30 am; 26.12.2013; Khamis ::


Perjalanan selama dua tahun ini bakal diuji hari ini... 
segala yang dipelajari..
dipahami...
diujikaji...
dan diusahakan...
bakal dipersoalkan hari ini...

Doakan semuanya dipermudahkan ye kawan-kawan...
Doakan tiap keringat dan air mata itu dibalas dengan senyuman kegembiraan...
Doakan hati ini dilapangkan dada...
Lancar tutur kata...
Dan di lembutkan hati mereke-mereka...
agar memudahkan urusan dan 
mengizinkan saya memegang status sarjana itu...

Benar-benar Mohon doa kalian agar tika ini dan saat ini
diri tidak gugup...
yakin dan tabah menghadapi persoalan dan pertanyaan 
dari mereka-mereka yang pakar itu...

doakan saya....


#auto publish#

Wednesday, December 25, 2013

Minggu Terakhir ~ 1st Giveaway by effafarhana ~

Salam...

Minggu ini adalah minggu terakhir untuk penyertaan "1st give away by effafarhana" ... so kepada sesiapa yang belum...jom jemput-jemput join ye... ^_^


Tuesday, December 24, 2013

Tempahan Gubahan Kak Salwa - Pink Turqouise

Salam..

 Hari nie fa update tentang tempahan kedua bulan nie ye...tema nya pink turqouise.. since kak salwa lembut orangnya fa pilih color soft pink and turqouise dan digabungkan sedikit dengan element vintage... jom cuci-cuci mata ^_^

intro
half way...

in progress
kain alas :: new special for kak salwa :: 100% hand made design by me






puas memikirkan gaya untuk kain tuala nie.. and finally end up with
replica cute cake with vintage plate.. jadi x?? 







almost 1 week fa bertapa di rumah menyiapkan 2 tempahan untuk bulan ini... dari pagi hingga ke subuh... trying my best to produce the best and alhamdulillah mereka berpuas hati... Love my job... Alhamdulillah...

Tempahan gubahan hantaran masih dibuka untuk tahun 2014.. pm me for details at facebook or email ^_^
feel free to discuss ^_^

wasalam...


Monday, December 23, 2013

Gubahan hantaran bertunang Mai - Purple Pink

Salam....

Semoga perjalanan kita hari ini diberkatinya...

Fa nak tunjuk full set gubahan hantaran bertunang yang fa buat untuk Mai dari Yan, Kedah.. haritue just tunjuk picture preparation je kan.. kali nie fa tunjuk yang full plak k ^_^




kesemuanya adalah 8 dulang... 
tempahan masih lagi dibuka untuk 2014..
boleh hubungi fa dekat fb or email ye ^_^

picture gubahan yang lain ada fa letak dekat fanpage Effafarhana
jemput-jemput la visit ye ^_^

wasalam

Sunday, December 22, 2013

Pack week!!! Alhamdulillah..rezeki dariNya

Salam...

Kali nie fa bersiaran di kampung dan line internet tersangat la semput... mencuba nasib untuk publish this entry hehehe....

Minggu yang tersangat busy untuk fa since kena siapkan tempahan dan delivery barang-barang yang disewa... Alhamdulillah..rezeki untuk bulan ini... received it with syukur and smile.. ^_^

meh tengok preparation untuk gubahan hantaran yang fa buat this week...



ini preparation untuk bertunang Mai dari Yan, kedah... nanti fa tunjuk yang full nya k ^_^




Sunday, December 8, 2013

OMEGA GUARD Shaklee PROMOSI!!!

Salam...

Bulan Desember adalah bulan khas untuk OMEGA GUARD!!! dengan harga promosi bawah dari RM 100, semua orang boleh memiliki... hanya untuk bulan nie sahaja ok!!! untuk harga yang superb tue boleh pm fa dekat page effafarhana or facebook effafarhana... InshaAllah fa akan bantu anda untuk sihat dengan shaklee!!!

Sebelum tue jom kita tengok kelebihan OMEGA GUARD nie...



Manfaat Utama
:: asid lemak::
omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu kita perlu mengambilnya dari makanan.Ia membantu mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanitayang menyebabkan PMS dan juga melincinkan kulit supaya kulit wajah kemerah-merahan.

::Mencegah penyakit saluran darah dan strok::
DHA dan EPA boleh menentang thrombosis tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincinkan saluran darah dan peredaran darah dengan lancar. Oleh sebab itu, ia effektif membantu mengekalkan tekanan darah normaldan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal sembelit, mencegah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

::Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori::
DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kamdungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain.

::Meningkatkan system imun dan menyihatkan paru-paru::
mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.

::Menentang cancer::

:: Memelihara fungsi-fungsi sendi::

::Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan::

haaa... banyak kan faedahnya... mak fa sendiri pengguna tegar Omega Guard nie... based on respond yang mak cakap.. semua cikgu-cikgu kat sekolah pakat tanya " cikgu mahani makan apa, awat darah, kolestrol semua mantain elok ja" see alhamdulillah, kesihatan kena diutamakan... dan untuk cikgu-cikgu di sk bukit tembaga yang menantikan Herbalax, inshaAllah this week sampai!!! ^_^

pada kawan-kawan yang nak order supplement dengan harga yang superb murah or nak share masalah kesihatan korang, boleh la contact fa dekat facebook fa or email ye (prefer fb).. inshaAllah fa bantu sedaya mungkin....

:: First Giveaway by effafarhana masih berlansung... jom sama-sama memeriahkannya!!! click sini untuk join::

Saturday, December 7, 2013

Task Given By my Hubby this weekend!!!

Salam....

Selamat berhujung minggu semua... weekend nie fa dapat task special punya dari en hubby... jeng jeng jeng task nya adalah ... make a breakfast for 20 people!!! Oh my... tak pernah lagi fa masak sebanyak tue.. takat masak-masak untuk family pernah lew... so need helps... phone terus dicapai.. of course la no mak yang di dail... hehehehe the best chef in the world... catat punya catat haaaa.. baru nampak jalan...



nampak tak bersepahnya tulisan hehehe.. sambil bagi resipi sambil gosip.. itu la jadinya hehe... eh back to the topic... 

sebenarnya hari nie ada gotong royong bersihkan rumah opismate en hubby... so en hubby ditugaskan untuk sedia makanan... as usual en hubby pas dekat fa kalau bab masak memasak nie.... Sedih sangat tengok diaorang yang teruk giler kena banjir... fa yang kena sikit je nie pun dah terasa sayu ini kan plak rumah yang tenggelam separuh dek air banjir.. huhu.. fa memang plan nak buat kek coklat untuk bawak dekat kak aisha (isteri opismate en hubby) sebab en hubby cakap nak jengok diaorang weekend nie, so alang-alang dah kena masak nie... fa sekalikan la kek coklat tue ^_^

Moga-moga mereka suka dengan masakan fa... heeeee :)

(auto post)

Friday, December 6, 2013

Simple Holiday Giveaway by SN

Salam Jumaat semua ^_^


Semoga hari ini lebih baik dari semalam...

Jom click-click tabung fa jom ^_^
http://curium-cr.com/my-5160722 http://curium-cr.com/my-5160244 http://curium-cr.com/my-5123410 http://bit.ly/1dRkcho http://curium-cr.com/my-5081986 http://curium-cr.com/my-4931966

thanks sebab sudi menabung....

Sambungan "Apabila Ammar Bertemu Bidadarinya..(Bhg. 3) - Abah & Emak Ammar "

Salam Jumaat...

Semoga hari ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua.. InshaAllah... Semalam fa tengok berita tentang banjir yang melanda Kemaman, Chukai & kawasan sekitar... semoga mangsa-mangsa banjir disana tabah menghadapi dugaan ini...

sambungan daripada kisah Ahmad Ammar tempoh hari >> entry Ahmad Ammar dalam kenangan <<
dan mengambil berkat penghulu segala hari, fa nak kongsi tentang pengkongsian yang telah dibuat oleh Ahmad Azam iaitu abah kepada arwah Ahmad Ammar.. Perkongsian formula bagaimana abah dan mak arwah melahirkan dan membentuk insan sempurna Ahmad Ammar.... Semoga pengkongsian ini dapat melahirkan dan menzahirkan 1000 lagi Ahmad Ammar di masa hadapan... InshaAllah..



pastinya disebalik insan yang hebat adalah dari ibubapa yang hebat.. Subahanallah...

Thursday, December 5, 2013

Kisah Banjir Kami!!! Monsoon oh monsoon PART 1

Salam...

Seperti yang semua sedia maklum, sekarang nie pantai timur dilanda banjir yang teruk... termasuklah kawasan rumah fa. Cuma kami bernasib baik sebab rumah fa air tak sempat masuk, hanya sempat masuk di depan je dekat posh kereta. Alhamdulillah... 


Dua hari berturut-turut hujan turun dengan lebat tanpa henti. Masuk hari ketiga juga masih begitu. So En hubby pun ajak la teman dia outstation di kuala terengganu. Fa dengan yakinnya ikut sebab nak gi jenjalan kan. Sepanjang jalan air dah mula naik dekat sekitar Kemaman, Cherating, dan sepanjang jalan tue juga hujan tak berhenti lansung!!! Ombak kat pantai tak yah citer la... melambung ke langit... 1st time fa alami suasana macam nie... seram ok!!

Sepanjang jalan tue juga kawan-kawan en hubby masagge cakap air dah naik area taman, oh my... yang fa ingat lappy fa nie je.. jangan la air masuk.. segala hasil usaha selama 2 tahun ada dalam lappy tue... T_T since dah dekat dengan kuala terengganu, kitaorang still proceed plan asal and after siap je kerja en hubby and lepas solat asar je terus kitaorang rushing balik rumah.. sayang cik oittt perabot and barang-barang dalam rumah semua masih belum cecah umur setengah tahun... risau sangat time tue...heeeee


Dan sepanjang jalan tue juga la air dah mula melimpah di jalan raya.... Tak tahu berapa kali redah air banjir, sedar-sedar dah malam and kami masih atas jalan meredah air banjir... syukur sepanjang jalan kereta tak mati enjin.. kalau x, melayang lagi RM..... fa tak sempat nak snap picture sebab time tue la juga phone tak ada bateri... sob sob sob...

kemaman, cherating dan kawasana sekitarnya masa kami lalu malam tue dah tenggelam dek air, nasib baik  la ada en lori didepan, so follow en lori dari belakang, dapat la kami redah air banjir tue alhamdulillah... banyak jalan dah ditutup, nasib kami baik sebab sepanjang jalan ada pihak bertanggungjawab yang menjaga jalan-jalan yang bahaya untuk dilalui so tak ada lah tenggelam and tersekat dalam air banjir. Dari jalan pantai ke jalan pelabuhan, berderet kereta bergerak menuju ke arah jalan besar by pas sebab situ je jalan yang paling tinggi dan tak tenggelam dek air untuk menuju ke kuantan. Alhamdulillah, dalam pukul 9 lebih kami selamat sampai di rumah... sentap jugalah hati sebab tengok depan rumah dah masuk air... dalam kepala me and en hubby... laptop!!!!

Alang-alang kereta dah parking depan kedai, so en hubby carikan lilin... as aspected, lilin dah sold out so yang ada hanyalah lampu phone en hubby je... redah je la... nasib kami sekali lagi baik... air ngam-ngam je depan pintu dan tak sempat lagi masuk... apa lagi terus terjah rumah and selamatkan lappy serta barang-barang yang patut... Alhamdulillah semuanya selamat walaupun malam tue masak, makan & tido dalam gelap... pengalaman yang baru bagi fa sebab fa tak pernah jadi mangsa banjir... Air tak sempat masuk dalam rumah dan malam tue juga air surut sampai ke hari ini.. Alhamdulillah....

to be continue... day 2 monsoon oh monsoon....

Salam monsoon dari fa ^_^

Salam monsoon semua ^_^

Alhamdulillah hari ini cerah setelah beberapa hari kami di Kuantan dibasahi hujan.... hari ini juga dengan rasminya aktiviti basuh membasuh bermula... jap lagi fa up date citer musim tengkujuh fa eh... but before that... meh la menabung dulu kat page fa nie... click-click link kat bawah ke??? heeeee ^_^

http://curium-cr.com/my-5160722
http://curium-cr.com/my-5160244 http://curium-cr.com/my-5123410 http://bit.ly/1dRkcho http://curium-cr.com/my-5081986 http://curium-cr.com/my-4931966


Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM

Wednesday, December 4, 2013

Banjir!!! oh tidak!!

Salam...



Setelah dua hari tidak bersiaran.. malam ini baru fa dapat meng'up date blog ini.. malam nie baru rumah fa dapat electric, ini semua gara-gara banjir yang melanda... panjang lagi nak cerita sal banjir ini, macam mana dari kuala terengganu me and my hubby rushing balik semata-mata risaukan rumah and our activities bila kawasan sekitar tenggelam dengan air + no electric + no water.... nanti fa cerita ye...

Sal GA f a yang tengah berlansung, thanks sebab ada yang sudi join dan yang belum, jemput join ye... fa tak sempat lagi nak up date list peserta, InshaAllah dalam masa terdekat nie fa akan up date ye...