Wednesday, November 6, 2013

Panching waterfall - sungai lembing - highland tower






Salam...

sementara tunggu mr arrogant final episod nie fa nak citer sal trip fa dengan hubby last weekend.. Al maklum la last weekend kan Pahang cuti sampai Selasa.. harus la kitaorang jenjalan.. larat ke nak bertapa dekat rumah je kan... ^_^ since bulan nie banyak keperluan yang perlu diutamakan... me and hubby decide untuk jenjalan sekitar kuantan je.. plus fa kan baru stay sini... so jelajah la kuantan dulu kan.. baru nama nya bersopan santun ^_^ 1st tempat yang kitaorang pergi adalah air terjun Panching... dekat dengan site en hubby juga... dalam juga tempatnya... tapi sangat-sangat berbaloi sebab air terjun nya Subahanallah... cantik sangat....
sempat lagi tue makan... me yang semakin gemuk ^_^

cantik sangat
sejuk and air nya sangatlah jernih... panching waterfall
cantik dan cantik.. itu yang mampu fa ulas... airnya paras bawah pinggang fa je and sesuai untuk kanak-kanak.. but satu je kurang, as usual... toiletnya.. fa masuk and pejam mata.. then cepat2 keluar bila dah selesai salin baju... sob..sob..sob... usai mandi and picnic... me and hubby decide nak pergi makan mee jawa dekat sungai lembing sambil-sambil masuk dalam terowong lombong bijih timah terdalam di dunia... haaa... menarikan... jom tengok picture yang fa capture ^_^


naik train pelombong untuk masuk dalam terowong...
nak masuk dalam kawasan lombong nie bayaran sebanyak rm15 untuk dewasa dikenakan.. mula-mula rasa mahal tapi lepas masuk... ok berbaloi sangat ^_^

suasana dalam terowong..sejukkkkk

sepanjang terowong nie banyak info yang disediakan... tak jemu and dapat banyak knowledge!!!
memandangkan hari hujan and perut lapar.. lepas je jelajah terowong nie..en hubby bawak makan mee jawa dekat medan selera berdepan dengan padang bola sungai lembing nie... sedappppp and heaven sebab tengah hujan + lapar ^_^

then masa masih berbaki lagi nie... en hubby terus kluar idea nak pergi lepak dekat ECM + cari barang untuk home deco + tengok movie... fa dalam kepala dah tahu dah nak tengok apa.... of cause la highland tower since fa suka tengok cerita reality... fa tahu sal highland tower nie pun kebetulan masa tengah lepak2.. ternampak the making filem nie dalam tv... so ini la movie yang kitaorang tengok malam tue...



nak suruh fa ulas?? sumpah tak nak sebab tak nak flash back balik movie nie...
seram...
yang fa boleh kata... real story..real footage...real ghost and real funny...
nak tahu kenapa... gi la tengok sendiri...
movie nie 100% real capture... 

ok la... jom tengok mr arrogent... 
wasalam...

No comments: