Tuesday, November 19, 2013

Ketam masak pedas beryogurt

Salam...

hari nie semperna cipta rasa resipi bersama nuffnang, fa nak share satu resipi ala-ala yogurt dengan semua... resipinya adalah Ketam masak pedas beryogurt



 Bahan-bahannya :

bahan A
2 ekor ketam yang di cuci dan dibelah dua
tiga biji bawang merah direncik
dua biji bawang putih direncik
1 sudu besar yogurt Nestle
1 biji tomato di potong dadu
3 sudu besar air asam jawa
gula
garam

bahan untuk dikisar
Cili kering
1 labu bawang besar
1 inci halia
1/2 inci belacan

Kaedahnya::
1. Tumis bawang merah ,bawang putih dan tomato. Kemudian masukan bahan-bahan yang dikisar bersama-sama dengan yogurt.
2. Masukan ketam dan air asam jawa. Tambah garam dan gula secukup rasa. Tambah air jika agak kering. 3. Masak sehingga ketam masak dan sedia untuk dihidang 6_^.

Selamat mencuba ^_^


6 comments:

Mazni Munawar said...

wahh ketam, sedapnya.. lama betul tk makan ketam :D favourite tu

Normi Nieza said...

good luck..:)

Airis Arissa said...

salam singgah sambil follow....

hainom OKje said...

Yogurt ni untuk rasa masam dan lemak ke Efa...

farhana effa said...

@hainom OKje : yap sis.. rasa masam2 and creamy ckit.. ^_^

Anonymous said...

Wah best ni...gud luck yer