Monday, November 25, 2013

Ayam Grill Black Paper

Salam...


Cuti sekolah dah mula bermaksud kenduri pun banyak + jemputan kawin bertimbun-timbun + tempahan gubahan bertingkat-tingkat... Alhamdulillah.. semua tue rezeki dari Allah..nikmat yang diberikanNya untuk hamba-hambaNya...

Since jemputan banyak nie, harus la diet pun berjalan juga.. kalau tak mau naik berkilo-kilo badan... heeee
so semalam fa cakap dekat en hubby, mulai sekarang no goreng2 food.. kita grill or rebus je eh...
hahaha... tersengih je en hubby dengar.. mesti dalam hati dia cakap..
"we will see how long ur diet will be go on"
-_-"

so semalam fa buatkan chicken grill blackpaper untuk en hubby... lewat jugak la dinner kami since pukul 10 lebih baru en hubby munculkan diri dari outstation -_-"

resipi ayam bakar black paper adalah seperti berikut::

Bahan-bahannya::
Ayam 3 ketul
3 sudu sos tiram

bahan ditumbuk halus
2 ulas bawang putih
1 sudu black paper
1/2 inci halia
1 biji buah keras

Cara-caranya::
1. Tumbuk hingga halus bahan-bahan untuk ditumbuk. Kemudia lumur ayam dengan bahan-bahan yang ditumbuk bersama-sama dengan sos tiram.
2. Peram ayam dalam sejam. Lagi lama lagi best ^_^
3. Bakar dalam magic pan or tempat pembakar sehingga masak.

selamat mencuba :)