Tuesday, November 26, 2013

Asam pedas Ayam

Salam...

pagi-pagi nie sementara mood meng'edit slide show tak datang lagi, fa nak share resipi asam pedas ayam yang fa masak semalam... aipp kata no minyak-minyak goreng-goreng.... heeee ikan bakar pun ada tapi tak kan nak makan kering-kering nasi dengan ikan bakar kan... ak buat sup, bahan-bahan pulak tak cukup, so godek-godek dapur, terus capai kuali and buat asam pedas ayam... hubby tanya.."asam pedas ayam pun ada eh???" hahaha almaklum la kami kan orang utara, asam pedas nie kurang pengetahuan sikit.. fa pulak aneh sikit, suka giler asam pedas dari gulai walaupun orang utara... acener tue??? heeee so ini la bahan-bahannya...




Bahan-bahanya::

4 ketul ayam
2 ulas bawang merah
6 helai daun limau purut
gula
garam
kacang buncis
2 sudu besar asam jawa
2 senduk besar cili kering (as usual fa akan blend cili kering dengan bawang besar dan halia)

bahan kisar
5 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit
3 biji buah keras dihiris
1/2 inci halia
1 batang cili merah (en hubby suka pedas so nie untuk extra pedas)

cara-caranya::
1. Tumis bawnag merah hingga wangi. Kemudian masukan bahan-bahan di blend dengan cili kisar. Masak hingga naik minyak.
2. Masukan ayam, daun limau purut dan air asam jawa. Tambah air jika agak kering.
3. Bila dah mendidih masukan kacang buncis, gula dan garam secukup rasa.
4. Masak hingga ayam benar-benar dah masak dan sedia untuk dihidang. Mudah kan??? that why fa suka ^_^



3 comments:

♥♥ Nur ♥♥ said...

cedappppnyewwwwwww effa....
klik ford :D

farhana effa said...

@Nur : cuba la nur :)

anajingga said...

belum pernah cuba ayam asam pedas ..selalunya guna daging tetel versi melaka tu...singgah sini farhana effa..tqvm