Friday, November 15, 2013

5A UPSR = Mini Cooper.. Oh May

Salam...

Awal pagi lepas siapkan breakfast untuk en hubby harus lah capai lappy and buka fb kan... dan news yang capture minat fa hari ini adalah..jeng jeng jeng...

untung nya adik...

kannnnn.... jatuh rahang tak bila tengok... sedikit rasa jeles ada disitu since that is my fav car sob..sob..sob.. fa tak pasti sama ada ini cerita benar ke tidak.. sekadar berkongsi dengan kawan-kawan je... ye la mana tahu ini memang kereta ayah dia ke.. dia tumpang posing ke kan... sapa tahu... hehehe but if betul... rasanya ia berada di tempat yang salah... 

pemangkin untuk adik ini lebih berusaha?? boleh, tapi bukan begini.. beri la yang setara...
ayahnya mampu?? betul, tapi biar lah munasabah... rezeki yang lebih buatlah simpanan hadapannya...
Terlalu gembira?? harus, tapi biarlah bersederhana...
kota kan janji?? wajib, tapi fikir lah dulu sebelum berjanji...

apa-apa pun fa ucapkan tahniah adik sebab dapat 5A!!! ^_^ jangan lalai dan teruskan berusaha... berjaya dalam UPSR tidak semestinya berjaya dalam PMR, berjaya dalam PMR tidak semestinya berjaya dalam SPM, berjaya dalam SPM tidak semestinya berjaya dalam university. So istiqamah lah dalam setiap usaha itu, agar harapan orang tua tidak tercicir dipertengahan jalan...

# flash back masa sekolah dulu, cikgu tanya apa cita-cita kamu Farhana, dengan yakinnya fa jawab...

" nak jadi Saintis..."

 tapi setiap kali exam besar macam UPSR, PMR, SPM, fa bukan la salah seorang yang tergolong dalam kumpulan straight As.. dan sekarang... ditempat yang fa berdiri ini, bila ditoleh kebelakang... baru fa sedar, yang mendorong fa untuk berdiri disini dan terus mengejar cita-cita itu adalah kegagalan... setiap kali kegagalan datang, mesti ia akan bertemankan azam dan tekad... dengan azam dan tekad itu, usaha dan tawakal menjadi amalan... 

"Kegagalan adalah Kunci Kejayaan"

Alhamdulillah... syukur dengan segala Rahmat dan Nikmat dariNya... tiada yang paling mengembirakan fa bila diri menjadi salah seorang kebanggaan mak dan abah... bagi fa, apa yang fa capai bukan semata-mata untuk hadiah, tapi untuk membalas jasa mak abah yang dah banyak membanting keringat membesarkan fa.. Mak abah adalah harta yang paling bernilai dan berharga... Harta yang tak kan sesekali fa sia-sia kan...

Fa bukan lah dari keluarga yang mewah dan kami lebih bersederhana...mak abah tak pernah manjakan kami dengan wang ringgit dan tidak pula kedekut bebelanja untuk anak-anak..semuanya berkadar yang sepatutnya... dari situ kami di didik untuk patuh dan hormat pada orang tua, tidak memboros, bijak menguruskan diri dan berusaha untuk berjaya... 

so untuk adik-adik yang tak dapat straight A's and tak dapat hadiah besar besaran dari mak abah.. jangan sedih-sedih.. jadikan itu sebagai anjakan untuk berusaha lebih gigih dimasa hadapan...

wasalam...



6 comments:

Mar Mansor said...

betul ke ni?upsr je kan?bukan leh drive kete lg..huhu

farhana effa said...

baru buka fb adik nie tadi.. sah ini cerita benar... huhu

Nur A.Z said...

upsr 5a dpt kete, gila kan.. rezeki dia.. kalo pmr straight A dapat umah, kalo spm straight A dapat bisnes ayah dia..hehe boleh tak camtu..huhu

♥♥ Nur ♥♥ said...

Serius x munasabah lah parents bdk ni....tau la anak die,tp bior lew logik ckt...hantar g umrah kew.....
Skang ni dah jd 1 trend bila budk2 belajar bkn untk mencapai cite2 tp untuk reward yg dijanjikan.....
dlu2 x dok pong....ermmmmm

Mazni Munawar said...

baru tgk kat twitter semalam. mmng untunglah budak ni. tapi saya rasa terlalu awal utk dia dpt mini cooper tu, baru darjah 6, lesen pulak baru boleh amek umur 18 tahun. mini cooper tu duk buat hiasan selama 6 tahun jelah. hahaha

cahaya nur said...

wah bestnya :-)