Saturday, October 26, 2013

Siakap Bakar

Salam...

tengah hari nie korang masak apa eh... fa masih lagi di depan lappy.. bukan malas ye... delay kerja masak memasak sebab en hubby tengah repair paip air kat luar and secara automatik air tak ada satu rumah... nak di tegur karang hilang pulak mood rajin dia.. so biarkan je la.. hehehe.. sementara nak tunggu sambung masak di dapur, fa nak share resipi ikan siakap bakar ala fa yang mudah and men campak-campak hehe... masa ada kat kampung hari tue abah request nak ikan bakar siakap.. so fa masuk dapur and godek-godek bahan... ta daaaa.... jadi la ini ....

ikan siakap bakar ala fa ^_^
Bahan-bahannya...

1 ekor ikan siakap
1 sudu kunyit
1 sudu garam
2 helai daun kunyit

bahan-bahan untuk di blend
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
1/2 sudu gula
8 tangkai cili kering

Cara-caranya
1. Lumur ikan siakap dengan garam dan kunyit
2. Kemudian lumur ikan siakap dengan bahan2 yang di blend.
3. Alas ikan siakap tadi dengan daun kunyit dan bakar sehingga masak... kalau fa.. fa suka garing-garing sikit... then sedia untuk dihidang.. nyam..nyam...





5 comments:

SecretOfShaila said...

Membalas kunjungan sambil follow..^^

EncikKai Abgdude said...

perghhh..
kecur lidah tengok ikan siakap tu...
╔════════════════════════╗

║ My Blog ► http://abgdude.com/blog

╚════════════════════════╝

BUNDA a.k.a KN said...

salam ukhuwah... ermmm sedap nyer siakap bakar..

hainom OKje said...

mana yang dah masak Fa.....nak tengok gak hasilnya ....Rentung ke idak hehe

farhana effa said...

@hainom OKje: yang dah masak xsempat nak snap.. masuk dalam perut sekelip mata haha