Tuesday, October 8, 2013

Ikan kerisi berlada

Salam...

hari nie plan nak blog walking je sepanjang hari tapi semakin blog walking semakin excited nak menulis.. belek-belek phone untuk mencari bahan and naaa... ada picture nie.. ^_^

our last dinner... ikan kerisi berlada with mushroom sup

kali nie fa nak share resipi ikan kerisi berlada.. as usual fa ambik kat dapur tanpa sempadan...
dan derhaka sedikit..ubah suai ikut apa yang available kat dapur fa hehe...

bahan-bahanya:
2 ekor ikan kerisi
5 biji cili hijau
2 biji cili merah
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih 
Air asam jawa dalam satu sudu
garam dan gula

cara-caranya:
1. Ikan kerisi digoreng garing. Bland cili hijau,cili merah,bawang merah,bawang putih. Bland kasar tau..tak nak hancur sangat.
2. Tumis bahan-bahan yang di bland tadi kemudian tambah air asam jawa. Biar sedikit kering dan tambah garam dan gula secukup rasa. 
3. Tuang sambal tadi diatas ikan... then Dah siap. Senangkan... ^_^

Ikan kerisi berlada nie request dari hubby. Semua menu yang fa masak semua ikut selera hubby dan menu-menu tue semestinya pedas..wajib hahaha... tapi kadang-kadang engkar juga.. ye la mana bagus makan pedas-pedas hari-hari kan.. ^_^ kena pandai match kan makanan supaya seimbang... yang penting hubby suka... 

wasalam...

p/s: orang tua-tua cakap kalau nak ikat suami kena jaga perut nya... tengah aplikasikan nie ^_^

1 comment:

hainom OKje said...

OKje jarang beli ikan kerisi ...Tak tau kenapa..