Saturday, October 5, 2013

Ayam kurma this weekend

Salam...

sementara duk tunggu en hubby bangun tido fa nak share resipi ayam kurma. Dari semalam lagi duk pikir nak masak apa.. last2 end up with ayam kurma... resipi nie fa ambik dari Dapur tanpa sempadan nie... and modified ikut bahan apa yang ada di dapur fa hehehe... kalau nak yang original resipi boleh la click kat dapur tanpa sempadan ye... ^_^

Photo: Upah utk hubby b4 ajak teman cari barang... Makan yok... #ayam kurma sayur n cendawan goreng... ^_^
lunch kami untuk hari nie... ^_^

Bahan-bahanya

Ayam
1 biji bawang besar dipotong 4
1 biji kentang dipotong 4
4 biji cili hijau dibelah 2 (fa masukan cili lebih sebab hubby suka pedas)
1 biji cili besar dibelah 2
carrot di potong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
1 1/2 pati santan
2 1/2 sudu besar serbuk kurma adabi
minyak masak untuk menumis
gula dan garam

bahan untuk dikisar halus:
1 sudu besar lada biji
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

bahan untuk ditumis
1 biji bawang besar di rincek (dihiris)
1 batang kayu manis
bunga lawang dalam 1 kuntum
bunga cengkih dalam 5 kuntum
buah pelaga dalam 1 biji

cara-caranya

1. tumis bahan-bahan tumis hingga wangi. campurkan bahan kisar dengan serbuk kurma.kacau hingga serbuk kurma larut dan ketepikan.
2. masukan tomato, lobak dan masak hingga layu. kemudian masukan bahan kisar+serbuk kurma yang dicanpur dan masak hingga rempah masak.
3.masukan ayam dan ubi kentang. masak hingga ayam sedikit kering dan tambah air untuk ayam dan ubi kentang masak dengan sempurna. Biarkan mendidih
4.Apabila ayam dan ubi kentang sudah masak, masukan santan cili hijau, cili besar dan bawang besar kedalam kuali. Masak hingga kuah menjadi sedikit pekat dan kering. Tambah garam gula secukup rasa. Bila semuanya sempurna rasa dan warna, tutup api dan sedia untuk dihidang...

*selamat mencuba ^_^ *

wasalam

5 comments:

skrinepal - biarlah jari berbicara said...

warh .. nmpak sedap tuh! nnti bleh la nk cuba resepi ni nnti :)

effa farhana said...

sila-sila.. hubby suka..hope awak pun suka hehe

Emma Marinie said...

Waa...pandai ET masak...kak emma kalau kurma ni memanjang tak jadi..jap pekat sangat..jap cair sangat..heeee..kena belajar dengan ET la.

effa farhana said...

hehe boleh la kak emma takat nak campak2 dalam kuali... hehehe

Cik Puan Rara said...

rara baru buat haritu.hehehe