Monday, September 30, 2013

kepentingan B-complex

Salam


Pasti ramai yang tidak pernah mengetahui kepentingan vitamin dan unsur2 mineral yang perlu untuk badan kita kan... salah satu vitamin yang penting untuk badan kita adalah B-Complex.. apa itu B-complex?? jom kita tengok2 apa itu B-Complex ::

B-complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut dalam air. Komponen B complex terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2(riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

setiap komponen mempunyai fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membanti dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel adnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti sesak nafas, insomnia, kurang kensentrasi dan mudah tersinggung.


oleh itu shaklee dengan perihatin nya telah mengeluarkan supplement B complex untuk keperluan tubuh badan kita. Seperti yang fa mention before, badan kita semakin hari semakin kekurangan vitamin selari dengan pertambahan usia kita. Pengambilan vitamin melalui supplement akan mengembalikan dan mengekalkan kesihatan diri seperti sedia kala. Antara kelebihan B-complex shaklee adalah:




1. menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. mengelakan penyakit beri-beri
3. merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak
4. diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut
5. penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf
6. mencegah stress
7. menguatkan antibodi tubuh
8. amat penting untuk aktiviti sel genetik
9. diperlukan dalam pembentukan protein asid amino
10. diperlukan untuk memproses dan pembaikan sel-sel darah merah
11. mencegah anemia

banyakkan kepentingan dan kelebihan b-complex... jangan ambik mudah tentang diri anda.. sebab badan kita adalah aset utama kita.. jom jalani hidup secara sihat dengan fa... any question you may drop ur msg on my email at fareezfarhana@gmail.com or fb me at Effa Farhana... wasalam ^_^

Easel untuk disewa

Salam...

untuk kali ini nya post fa nak open untuk sesiapa yang berminat nk sewa easel kayu, white color. Easel ini fa guna masa wedding fa aritu... so sesiapa yang berminat dan ada disekitar alor star, boleh la pick up untuk disewa... harga?? RM20 only... ^_^


:: throw back the day.. ^_^ ::

wasalam

Friday, September 27, 2013

GLA Complex

Salam


Untuk entry kali nie fa nak share satu supplement dari shaklee yang sangat istimewa buat wanita iaitu GLA Complex. GLA adalah adik kembar kepada EPO (English Primrose Oil). Bezanya disini GLA memberikan lebih faedah berbanding EPO. Nak tahu apa kelebihannya.. meh fa story... ^_^

::: GLA ialah singkatan bagi Gamma-Linelonic Acid berfungsi untuk menstabilkan horman dalam badan kita
::: Dalam GLA Complex nie ada mengandungi vitamin E yang asli dan Minyak biji matahari
::: Boleh diambil oleh lelaki dan wanita
::: Sangat membantu terutama kepada mereka yang mempunyai masalah jerawat, masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.
::: Dapat menguatkan kuku dan rambut
::: Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
::: Membantu menangani ekzema
::: Melegakan simptom akibat artiritis reumatoid
::: Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
::: Menguatkan imuniti tubuh
::: Memperlahankan proses penuaan
::: Mengurangka blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
::: Mengawal kencing manis dan darah tinggi
::: Mengawal kolestrol
::: Untuk fungsi saraf                                                                             (sumber: beauty daisy)

haaa.. banyakan faedahnya terutama sekali terhadap wanita... fa sendiri mengamalkan pengambilan GLA setiap hari... bukan apa.. sebagai wanita... kesihatan dalaman perlu diutamakan.. baru la cantik dalam dan cantik luar... ^_^ Ramai yang salah anggap shaklee megandungi bahan2 kimia... maaf.. tanggapan andai salah.. shaklee berasaskan bahan semulajadi dan membantu melengkapkan vitamin dan keperluan nutrisi di dalam bahan kita yang semakin hari semakin berkurangan seiring dengan pertambahan usia.. Oleh itu, jom bantu diri kita untuk sentiasa kelihatan dan berkeadaan sihat... ^_^

So kalau ada sebarang pertanyaan atau ingin kan maklumat lanjut... just drop ur msg at fareezfarhana@gmail.com.

Wasalam

Thursday, September 26, 2013

shaklee

Salam....

semalam masa tengah taip menaip menyiapkan paper, barang yang dinanti telah tiba... abang Gdax datang bersama bungkusan shaklee... yeay... me now officially shaklee member....

tergerak hati nak join shaklee lepas lama consume shaklee.. bukan xnak join dari awal tapi commitment dengan study buatkan fa just jadi silent consumer... but not anymore... kali nie fa dah nekad nak join shaklee family and separate the benefit of shaklee product...

nak tahu shaklee tue apa... meh kita tengok apa itu shaklee....

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar. Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:


  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

fa dah cuba salah satu supplement shaklee nie iaitu herbalax...


 dan alhamdulillah berkesan dengan fa... tak perlu runsing badan berat dengan bahan buangan kita lepas guna herbalax nie.. lancar je bila membunag... :) badan kita semakin lama semakin berkurang vitamin dan kecergasan fungsinya... shaklee membantu kita untuk kembali memenuhi keperluan badan kita.... fa hanya berani share product2 yang fa sendiri dah cuba dan berkesan.. shaklee merupakan supplement ye bukan ubat-ubatan kimia atau jamu2.. sepanjang fa ambik shaklee... alhamdulillah.. tiada kesan sampingan malah kesan positive semakin bertambah... jom amalkan gaya hidup sihat dan semulajadi tanpa bahan kimia...^_^

untuk supplement2 yang lain nanti fa updatekan... kalau ada sesiapa yang nak berkongsi masalah kesihatan dan tercari-cari product yang sesuai dengan bajet anda.. fa sedia membantu... sharing is caring... ^_^

please do contact me at:
email: fareezfarhana@gmail.com
fb:

feel free to consult and help...

wasalam

Wednesday, September 25, 2013

Ayam Percik

Salam...

untuk entry hari nie fa nak share resipi ayam percik.. yum..yum simple and mudah... resipi nie fa ambik dari blog ana... sementara tunggu en hubby balik.. meh fa re shared balik resipinya ye ^_^

Photo: Ayam percik in the house... #rasmi pan baru hadiah wedd dari mak ^_^

Ayam 
(untuk fa dengan hubby cukup la 4 ketul..karang membazir hehe)
santan 
(fa guna santan kotak since kedai depan rumah kehabisan santan segar sob3.. so guna separuh kotak ye)

Bahan A
serai 2 batang
halia 2cm
kunyit hidup 2cm
2 biji bawang besar 
4biji bawang putih
 ketumbar sedikit

Bahan B
cili kering yang di blander 3 sudu besar 

Cara-caranya
Blander bahan A
then masukan santan, ayam, bahan A dan bahan B ke dalam belanga. Lepas dah campur semua baru letak atas api.
Masak hingga ayam jadi separuh masak dan kuah jadi pekat...
then boleh la ayam tue dibakar...
fa bakar guna pan multiuser...
hadiah wedding dari mother in law...
happy sangat bila dapat sebab dah lama idamkan nak beli
sekali mak hadiahkan
alhamdulillah
rezeki...
thanks mak ^_^

so kepada anda2 semua... selamat mencuba...

wasalam...

Tuesday, September 24, 2013

pencerahan

Salam...

baru sebentar fa buka blog and get one comment which fa x approved coz for me that person is too rude.. kata nya fa sama kan Al-Quran dengan kasut dalam pic hantaran fa and a few words yang agak rude bg fa.... agak konfius juga disitu.. penjelasan dan pencerahan dibuat disini...

1. kalau dimaksudkan Al-Quran sama sedulang or setinggi dengan dulang yang ada kasut:

dulang hantaran saya sememangnya tiada kasut... keluarga fa orang yang beradap.. kasut sememangnya ditegah awal2 lagi untuk dijadikan hantaran... andai itu dirisaukan oleh anda... 
Al-Quran sentiasa berada di tempat tertinggi dalam hidup saya...
Al-Quran is a love note from Allah to me... and I respect Al-Quran as my Nur and guide...

2. Kalau dimaksudkan Al-Quran sama setaraf dengan lantai letaknya:

dulang hantaran Al-Quran saya berlapik tapak hantaran... bekas hantaran (polystrin) and bakul... which is higher then floor apatah lagi kasut or kaki....

saya dilahirkan dan dibesarkan dalam Islam.... 
Priority saya Allah dan Rasul...
merendahkan Al-Quran bukan sifat saya...
Malah meletak Al-Quran sebagai hadiah kepada suami dalam bentuk hantaran
supaya Al-Quran sebagai guide dalam rumah tangga kami dan membaca Al-Quran menjadi amalan kami...
before trow any rubbish things.. please check whether it is true or not...
tegur menegur boleh but please mind your own language... 

maaf andai picture hantaran saya menyinggung sensitiviti mana2 pihak... 
untuk meredakan jiwa2 anda yang menegur...
that picture will be remove... (even do this is my blog and people should respect my page)
tiada niat lain selain ingin berkongsi dengan semua diluar sana tentang hari bahagia saya...
hantaran dari jari saya sendiri untuk yang kini halal buat saya...

to that person... thanks cause sending me that massage...
jika niat ingat menegur...
tegur lah secara berhemah...
aplikasikan semua adap sopan santun yang diajar oleh our parent and teacher...
so that we can said...
kita adalah product yang berjaya...(bukan gagal)

::really can't stand with rude people because me has been teach by my parent to be polite to others..
so bila ada yang agak rude dengan fa... its just beyond my limit...
if me can respect people.. i aspect the same way from people::

wasalam...

hantaran purple on my big day - purple again!!

salam....

again still in hantaran mood... and entry kali nie fa nak tunjuk gubahan hantaran yang fa gubah untuk wedding fa sendiri.. 100% made by me special for my hubby... showinh how im appreciate him and how me love him so much... jom kita jenguk jom ...



11 dulang berbalas 9...
puas hati dapat buat sendiri...

sesapa nk tempah gubahan hantaran dengan fa
drop msg kat email fa eh
fareezfarhana@gmail.com.
feel free to discuss...
design  is depend on ur own bajet...
wasalam ^_^

Monday, September 23, 2013

hantaran on my engagement day - purple pink

Salam...

second entry for today since fa sememangnya tengah free skarang haha... kali nie nk share sal hantaran D.I.Y yang dibuat daripada tisu... bunga nie my sis in law yang ajar macam mana nak buat... look sweet and gemu2 gitu.... jom kita jenguk jom ^_^





tutorial untuk bunga tisu nie banyak... en google boleh tolong kalau sesapa berminat...
paling menarik...
bunga tisu buatkan hantaran anda tersangat la murah...
but at the same time its look gorgeous...

and kalau ada sesapa nak buat tempahan...
can drop msg on my email..
fareezfarhana@gmail.com

feel free to discuss.. 
wasalam ^_^ 

Gubahan hantaran tempahan my bff -tema merah

Salam....

As promises.. fa nak tunjukan gubahan hantaran yang fa buat khas untuk my bff during her engagement day... Lama dah tapi baru sekarang fa sempat up date... baru sekarang ada masanya... dah jadi house wife full time dah skarang.. buat masa sekarang lew hehehe... jom kita tengok jom gubahannya... tema hantaran merah ^_^

11 dulang dan sirih junjung sebagai tanda balasan untuk pihak lelaki...

as request... simple but nice... alhamdulillah empunya diri berpuas hati
total cost rm250 for 12 dulang hantaran...
including bakul buah,
sirih junjung,
bekas hantaran, 
kotak lutsinar
flowers and riben
not bad kan... 

since fa tengah menjadi house wife full time nie...
fa nak buka order untuk gubahan hantaran...
sesiapa yang berminat..
boleh drop msg kat email fa k..
fareezfarhana@gmail.com

gubahan hantaran depend on bajet anda...
feel free to discuss ok 
wasalam ^_^

Friday, September 20, 2013

door gift special - for my hubby family

Salam...

kali nie fa officially dah jadi orang kuantan. Masuk hari nie dah hari kedua fa ada kat kuantan and this is my first entry kat kuantan... feeling? tired but fun ^_^.. tired coz non stop housekeeping but fun cause doing it together with my love... bestnya kat cnie dekat sangat2 dengan pantai.. seberang jalan je dah boleh nampak pantai and harus la semalam dinner ditepi pantai... feeling2 tengah holiday pun ada hehe... dalam sibuk2 berkemas ... xsempat lagi bertegur sapa dengan jiran sebelah... maybe esok nak buat muffin or kek untuk buah tangan bg jiran2 sebelah... ok x? lagipun oven and mixed (hadiah kawin dari bff) xrasmi lagi...

Entry kali nie fa nak continue sharing my doorgift during my wedding... semua nya fa buat sendiri... puas hati bila buat sendiri... and salah satunya ada lah mashmellow nie yang cute nie...

hasilnya lepas mak merungut untuk budak2 xda benda nak kasi..
then en google tolong settlekan masalah nie... sekejap je dah kosong bakul mashmellow nie...

then untuk rombongan pengantin lelaki pulak..
fa sediakan crystal bowl from SFF... 
my sis in law yang tolong belikan dari KL...
since tengah ada discount harganya jatuh dalam rm 5.90/item



and fa wrap kan bowl kaca tue mcm nie.. 100% hand made and idea again from en google ^_^

nice and beautiful... yang pasti fa suka and berpuas hati..
sekarang ada banyak pilihan bowl kaca tapi dari SFF nie memng terbaik sebab bowl dia tebal and shinning...
different from others ^_^

Similar for my family side.. untuk sedara mara fa titipkan bowl kaca juga from SFF
but in different design... unfortunately picture nya dalam anset pinky fa.. and my pinky has been stolen one month ago huhuhu 


and nie close up paper bag yang fa citer dalam entry yang lepas... ^_^ paper bag for doorgift

ok la until here je la fa nk share doorgift on my big day...
nanti fa share hantaran plak k...
tempahan hantaran yang fa buat and also hantaran on my big day...

wasalam... :)

Tuesday, September 17, 2013

weekend yang awesome... ^_^

Salam....

n3 before sambung review thesis sendiri.. masih ada 2 lagi chapter.. rest kejap before continue heeee...
Apa yang nak dishare kali nie ada lah activiti weekend fa minggu nie... penantian dah berakhir, 3 minggu temph percubaan berjauhan lepas kawin dah tamat... Alhamdulillah.. semoga tiada lagi istilah 'pjj' dalam our diary life ye en hubby ^_^

Riuh rendah rumah dikulim weekend kali nie... semuanya berkumpul sebab makcik seha,kawan baik mak buat kenduri kawin anaknya sham. photographer wedding fa yang lepas tue...heheee awal2 pagi lg kami dh bertolak untuk ke nun utara malaysia.. kangar, perlis... majlis yang simple tapi penuh dengan kemeriahan.. happy spend time with family in law... melayan kerenah si comel anis.. dina and haris.. bunga2 cinta dan bahagia berkembang sentiasa dalam hati ini.... Alhamdulillah... ^_^ rindu la pulak kat budak2 comel tue... dah balik ke PJ dah... jumpa lagi ye princess2 comel ku :)

And today.. we spent our day kat padang kunyit pulak... siap je packing barang2 untuk di bawak ke kuantan, my parent ajak en hubby g memancing... harus la dia setuju... and hasilnya...

Photo: Hasil mengail petang td kt bendang.selamat sudah digoreng untuk santapan mlm.hehe

tada.... mostly ikan haruan... and in the end of the day
kami bertolak balik kulim...
plan asal en hubby kena hantar fa balik kampus,
since dia dah penat seharian memancing....
esok pagi la jawabnya balik kampus untuk urusan submission draf heee.. 
simple activiti but so must happiness...
know why..
because i did it with people who I love most...
Thanks Allah with this happiness...
Alhamdulillah syukur...

Ok la.. nak sambung mereview chapter...
'better sambung keja before orang sebelah nie bangun sekeh kepala sebab banyak on9 dari buat keja hehe...
wasalam :)'

Friday, September 13, 2013

Doorgift D.I.Y on my big day

Salam Jumaat semua....

Semoga penghulu segala hari ini dapat kita manfaatkan sebaik baiknya.... ^_^

Sebelum fa mulakan kerja edit mengedit semula thesis fa... tetiba plak rajin nak buat short entri tentang doorgift yang fa D.I.Y sendiri khas untuk tetamu yang hadir.... bermula dengan paper bag pink and purple nie fa buat sendiri based on tutorial yang fa search dalam dekat en google... take time juga la nak membuat nya since fa buat lebh kurang untuk 400 orang tetamu.... fa jenis orang yang suka kan sesuatu yang simple but it look nice... so ini la hasilnya ^_^

picture x berapa cantik.. huhu
yang cantik ada dalam phone pinky... but already lost...
stolen by irresponsible people... sob3...

close up ckit... dalam paper bag nie fa letak makanan and sweet..
costnya xda la mahal... kebetulan time fa beli paper nie secara borng dekat kedai A to Z seberang perai.. ada diskaun masa tue.. so tersangat2 la murah....

total cost roughly estimate is around RM 0.60/bag (not including makanan)
so bagi fa yang still study and suka kan benda2 macam nie...
DIY sendiri doorgift tersangat la best and xmembebankan...
kepuasannya terasa... ^_^

ok la.. untuk next doorgift nanti fa share lain ok.. time to go back on work... 
wasalam....

Thursday, September 12, 2013

Masih menaip....

Salam...

Jam di screen lappy dah terang terangan menunjukan pukul 5.09 am.... mata masih lagi mengadap lappy dengan penuh setia.. motif?? apa lagi kalau bukan menyiapkan sisa-sisa editing thesis.. mata masih segar cuma otak dah beku... so jom rilex2 dulu yok... ^_^

fa target nak submit copies by the end of this week cause this weekend my love nak balik Penang... hoyey.. hehehe 3 weeks dah berjauhan haruslah weekend nie menjadi penantian... heeeee ^_^

untuk n3 kai nie fa nak tunaikan janji meng'upload picture sekitar our big day... jeng..jeng...jeng.... and our truly love story begin with...

penantian yang sebenar bermula... sedar atau tidak semuanya berlalu terlalu pantas...

gementar.. seram dan sebak mula terasa saat itu...

mujur ada insan-insan tersayang menemani... ^_^
nyawaku...

 and best friend forever !!

dengan sekali lafaz... segalanya berubah... 
Alhamdulillah...
 Allah permudahkan segalanya..

Selepas Allah dan Rasul...
dia menjadi keutamaan aku kini...
siapa sangka seringkas-ringkas perkenalan membawa kepada ikatan sesuci ini
kuasa Allah... perancangan Allah... 
Tiada kata mampu aku ucapkan...
Hanya mampu meluahkanya dalam sujud 
rasa syukur yang tidak terhingga diatas rahmat ini.. 

Picture


Sekitar majlis di rumahku #pink day ^_^


see.. kan dah cakap pink day...heee..
 #home made paper bag... #goodies..#made by my self ^_^

#bunga tisu #pink #also made by my self ^_^

as usual...hubby ok je... janji happy ^_^

 with mak ngah and tok.. :)

my new family... Alhamdulillah ^_^

small reunion civil engineering 2007-2011... thanks for coming dear :)

and of course la with my luvly lil sis... and penutup untuk majlis disini adalah...

hantaran from my side and as well from my hubby side...
made by myself special for my truly love...  :)

maaf ye... picture kat rumah sendiri normal la kan xbanyak hehe al maklum la photographer  aka my lil sis  bz on that day...and official photographer skarang nie tengah bz  coz this weekend nie majlis dia plak... congrats in advance ye syam.. hehe.. ^_^
so jom jenguk plak majlis disebelah sana.. ^_^

majlis bermula dalam pukul12 and nie la rombongan dari Alor Star.. :)

 kali nie silver and green days... jeng..jeng..jeng
nice and rare... mak yang pilihkan... thanks mak.. it look so nice on us... :)

mak and abah dah sedia menanti... sesungguhnya time nie tengah lapar.. opss :)

welcome hubby to my big and love family :)

Pulau Kerengga family's

Padang Kunyit family's

and of course she again.. miss u sis :)

Picture
our pengapit on that day... praktis kata nya... 
ye la.. bakal pengantin la kata kan hehehe

Picture
finally we end our photo shoot wedding kat tepi rumah je...
heeeee kepenatan dan mengejar waktu... so en hubby decide untuk jadikan laman rumah as landskap nya...
jadi la kan... asal ada kenangan.. :)

Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar...
Alhamdulillah... Allah permudahkan segalanya...
Alhamdulillah... semuanya berakhir dengan sempurna...
Alhamdulillah...

untuk semua... disini fa dan suami dengan rendah diri nya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis bersejarah kami... terutama sekali kepada keluarga kami... saudara mara dan kawan-kawan yang banyak menolong dan mendoakan kami... 
jari sepuluh dihulur mohon kemaafan andai ada yang tersalah...
dan mohon jua tangan ditadah...
mendoakan kami kekal bahagia hingga ke Jannah 
dan dimurahkan rezeki serta rahmatNya...