Tuesday, November 20, 2012

Yahudi Akan Kalah.... Pasti....

Salam....


Jam di hujung lappy menunjukan pukul 4.40 am... kerja yang menimbun mengheret diri ini hingga ke pagi hari... sebelum tido... hati di tarik untuk melihat perkembangan saudara-saudara di Palestin... Blog Aman Palestine menjadi pilihan... Israel seperti lumrah bertindak kejam ke atas saudara-saudara ku... wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa yang secara jelasnya menunjukan sikap pengecut orang-orang Israel... sayunya hati melihat mereka... tapi disebalik itu... tersemat rasa bangga dan kagum dengan semangat-semangat saudara-saudaraku disana... Subahanallah.... tingginya semangat jihat mereka.... teruskan berjuang saudara-saudaraku... kami disini sentiasa menyokong kalian... dalam doa dan insyaAllah juga dalam bantuan kemanusiaan....

Sedang membelek artikel-artikel dalam blog Aman Palestin... tertarik hati ini dengan nukilan dari Abumohd... jom sama-sama kita renung dan pahami isi-isinya....

"Aku harap sinar baru di Mesir tidak akan menjadi kegelapan kepada Israel", itulah kata-kata terakhir, Benjamin Ben-Eliezer, bekas menteri rejim Zionis Israel, dalam ucapannya kepada radio tentera rejim itu, tidak akan ada kerehatan semua rakyat Israel selepas ini, Mubarak telah diguling dan tidak akan bangun semula, Republik Arab Mesir tidak lagi menjadi sekutu strategik rejim Israel atau lebih tepat lagi ejen tentera Zionis-Amerika Syarikat. 

Tak kira siapa pun yang akan naik menjadi presiden baru Mesir, kemungkinan-kemungkinan buruk pastinya akan menjadi igauan rejim itu, sekiranya menang Shafiq atau Musa, pastinya sebuah revolusi akan meletus kembali kerana apa yang rakyat inginkan hanyalah pemimpin yang memihak kepada rakyat bukan musuh mereka, sama ada Ikhwan Muslimin menang atau tidak masyarakat akan tetap memilih untuk tidak tidak bergantung kepada Amerika, kerana mereka semua sedar bahawa cara terbaik untuk mendapat sokongan masyarakat umum adalah dengan membebaskan negara dari cengkaman Yahudi. 

Bukan Israel sahaja yang menonton keputusan pilihanraya, malah negara-negara Arab cukup takut dengan perkembangan penguasaan kelompok Islam ke atas Mesir, kerana mereka amat mengetahui sekiranya kelompok tersebut memerintah akan tersungkurlah rejim-rejim yang memerintah dan tidak akan ada lagi individu yang zalim atau keluarga tertentu sahaja yang akan memerintah selepasnya.

Jika kuasa besar rejim Zionis Israel kalah besar pada kali ini, maka rakyat Palestin akan menang besar, seandainya kelompok Islam menang, isu Palestin akan menjadi isu utama negara-negara Arab amnya, dan bagi negara Mesir ia adalah isu asas yang tidak boleh bertolak ansur, kerana mereka telah menjadi sebahagian dari isu tersebut, berjayanya Mesir maka akan berjaya semua dunia Arab, sekiranya lemah maka akan lemah semua dunia Arab, Mesir hanya akan kembali menjadi lemah seandainya mereka kembali kepada sisa-sisa perjuangan rejim Mubarak yang diwarisi dari Abdul Naser dan Anwar Sadat atau mereka yang seperti mereka. 

Kesimpulannya, kegelapan bagi Israel adalah satu kepastian dan ia semakin hamipr dan ia benar-benar semakin hampir, Mesir sedang berada di ambang kebangkitan sebenar yang belum pernah di tempuh sebelum ini, kerana apa ? Kerana Mesir sebelum ini telah pun mengukir sejarah agungnya, mendapat penyaksian khusus dari Nabi Muhammad s.a.w, sememangnya terkenal menonjol dari kalangan bangsa Arab dan dunia, khususnya pengkongsian pembebasan negara-negara Arab, yang penuh dengan liberalisasi, rasuah dan penaklukan Barat, akhirnya kita sebagai umat Islam mestilah teguh percaya bahawa Islam akan kembali gemilang dan percayalah rejim Zionis Israel akan runtuh seruntuhnya, adakah kita masih ragu-ragu dengan kenyataan ini ? 

from : Aman Palestin

No comments: