Monday, August 6, 2012

Janji janjiNya adalah pasti

Salam Ramadhan...

Dua hari yang lepas, sedang Fa lepak2 di bilik fa dapat satu massage dari adik yang Tok fa dah xda... rasa tersentap seketika sebab baru je beberapa hari sebelum tue fa call mak tanya keadaan tok.. mak cakap alhamdulillah.. makin sihat dan kuat dari sebelumnya... so dengan keadaan yang still blur2 fa terus call abah.. abah cakap baru sepuluh minit yang lepas tok pergi... siapa yang xsedihkan orang yang kita sayang pergi... tapi janji Allah itu benar... xakan seminit pun terlambat dan xakan sesaat pun awal... Fa bertolak balik alor star pagi tue... sampai je dirumah tok.. dah ramai saudara mara yang datang... tenang je wajah arwah baring diatas katil tue... dulu sepanjang arwah sakit terbaring dikatil tue.. kalau fa datang jenguk dia.. pasti renungan mata arwah yang jernih tue menyambut fa.. tapi saat tue... wajah tue kaku seakan tido yang lena... tetiba semua kenangan bersama arwah kembali segar dalam fikiran... ya... Allah lebih menyayangi dia.. sesungguhnya saat yang paling syahdu sepanjang hari itu.. saat salam yang terakhir kami anak-anak dan cucu-cucunya akan berikan... seakan tidak percaya itu kali terakhir akan kami berjumpanya lagi.... seakan sukar kami percaya Syawal kali ini akan kosong tanpanya... ya... Allah lebih tahu ini yang terbaik buatnya...

Kenangan yang paling segar dalam ingatan nie adalah solat bersama2 dengan arwah tok.. seingat fa.. dia orang yang pertama sekali ajar fa solat.. masa tue umur fa dalam 4 tahun... pasti Syawal kali ini suram dan sayu tanpa tok... rindunya rendang tok... ketupat... semuanya bagaikan semalam berlaku... 

Orang yang baik akan sentiasa dirindui walaupun sudah tiada...
 Akan diingati walaupun sudah pergi... 
Akan dikasihi walaupun sudah terpisah antara dua alam... 
InsyaAllah... Kita akan bertemu lagi disana nanti.. 
Akan sentiasa ada dalam doa2 ku namamu... 
Al Fatihah....

Saturday, August 4, 2012

Ta'aruf

Salam Ramadhan...


selamat ber'weekend semua... semoga 16 Ramadhan ini menambah semangat lagi untuk kita terus beribadah kepadaNya... n3 kali ini Fa nak berkongsi sedikit mengenai pembacaan Fa sepanjang pagi ini mengenai Ta'aruf... Perbezaan mengenai Ta'aruf dan couple... Jom kita sama-sama memahami apa itu Ta'aruf... dan apa adab-adab sepanjang sesi Ta'aruf... ^_^

Apa Itu Taaruf
Taaruf adalah kegiatan bersilaturahmi, kalau pada masa ini kita bilang berkenalan atau main/bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya.Boleh  juga dikatakan bahwa tujuan dari berkenalan tersebut adalah untuk mencari jodoh. Taaruf boleh juga dilakukan jika kedua belah pihak keluarga setuju dan tinggal menunggu keputusan anak untuk bersedia atau tidak untuk dilanjutkan ke jenjang khitbah – taaruf dengan mempertemukan yang hendak dijodohkan dengan maksud agar saling berkenalan


Perbezaan antara Ta'aruf dan couple
Sebagai sarana yang objektif dalam melakukan pengenalan dan pendekatan, taaruf sangat berbeza dengan “COUPLE”. Taaruf secara syar`i memang diperintahkan oleh Rasulullah SAW bagi pasangan yang ingin berkahwin.Perbezaan hakiki antara couple dengan ta’aruf adalah dari segi tujuan dan manfaat. Jika tujuan pacaran lebih kepada kenikmatan sesaat, zina, dan maksiat. Taaruf jelas sekali tujuannya iaitu untuk mengetahui kriteria calon pasangan.



Antara Adab-adabnya :
1.pihak lelaki dan wanita dibenarkan bertanyakan apa sahaja yang kira-kira terkait dengan kepentingan masing-masing  selama mengarungi kehidupan. 
2.Tidak boleh dilakukan cuma berdua saja. Harus ada yang mendampingi dan yang utama adalah wali atau keluarganya. Jadi,taaruf bukanlah bermesraan berdua,tapi lebih kepada perkenalan yang bersifat realistis untuk mempersiapkn sebuah perjalanan kehidupan.

Tujuan Taaruf
Taaruf adalah media syar`i yang dapat digunakan untuk melakukan pengenalan terhadap calon pasangan.Sisi yang dijadikan pengenalan tak hanya terkait dengan data global, melainkan juga termasuk hal-hal kecil yang menurut masing-masing pihak cukup penting, misalnya masalah kecantikan calon isteri, dibolehkan untuk melihat terus wajahnya, bukan cuma sekadar curi-curi pandang atau melihat fotonya. Islam telah memerintahkan seorang calon suami untuk mendatangi calon isterinya secara langsung,bukan melalui media foto, lukisan, atau video. (sumber :blogammar)

Hukum Ta'aruf adalah sunnah. Islam menggalakkan sesi Ta'aruf agar dapat merapatkan jurang salah faham dan kekeliruan tentang kisah peribadi atau latar belakang kedua-dua belah pihak. Apabila kedua-duanya sepakat baru lah diteruskan dengan Khithbah. 

Friday, August 3, 2012

Jangan pernah berhenti

Salam Ramadhan...


Jangan pernah berhenti berdoa...
teruskan lah berdoa...
Allah tidak pernah menghampakan hamba-hambaNya...