Thursday, July 26, 2012

Peringatan buat diri sendiri dan semua...

Salam Ramadan...

Alhamdulillah... hari nie dah masuk hari ke 6 umat Islam berpuasa... macam mana?? masih steady lagi ke semua beribadah?? Dah berapa juzuk dah sekarang...?? check balik k list2 ibadah korang kalau ada yang terlepas or terlupa ye  ^_^ Moga kita semua masih lagi istiqamah dalam menjalani ibadah dalam bulan yang penuh dengan barakah ini InsyaAllah.. 

Tak dinafikan kerja seharian kadang2 buatkan kita sebagai manusia xberkesempatan untuk sempurnakan matlamat kita melakukan extra ibadat2 sunat dalam bulan ramadan nie...

example :
1.kadang2 miss untuk mengaji selepas solat fardu...
2.Disebabkan terlalu letih dengan kerja siang miss solat terawih berjemaah di Masjid... 
3.Terlalu penat hingga xsedar untuk bangun solat malam....
 kan..kan..kan... tapi semua tue kan ada jalan penyelesaian... ada ruang untuk kita capai matlamat tue andai kita betul2 ikhlas... 

Solution :
1. Cover la balik dengan mengaji sebelum subuh selepas bersahur or selepas solat subuh... and selepas solat magrib... InsyaAllah.. sempat sehari satu juzuk... 
2. Andai penat dan letih... solat la terawih di rumah.. ajak la family berjemaah dirumah... akhlak yang baik bermula di rumah...
3. Tido la awal... insyaAllah... mampu bangun untuk solat malam....  

Selalu lah ingatkan diri bila kita xmampu lakukan semua itu pasti ada sebab... means muhasabah la balik diri sendiri apa dosa kita sehingga tertutup or terhalang pintu hati kita dari melakukan ibadat2 itu... 


Ingat pesan ini 

Selamat Beribadah semua ^_^

No comments: