Thursday, June 21, 2012

Bahasa menunjukan bangsa...

Salam....


Kadang-kadang kita lupa kata-kata kita sedang ditafsirkan oleh orang yang mendengar sebagai peribadi kita... ermm bagai mana kalau kata-kata yang ditutur or ditulis tue bukan lah sesuatu yang bijak...pasti orang yang memerhati tue melihat kita tidak bijak bukan... 

Kata-kata itu selalu nya diasuh dari rumah... apa yang ditutur di rumah itu lah yang diamalkan diluar... tak kisah la kita perdana menteri or pensyarah or tukang cuci sekali pun sebenarnya yang membezakan diri kita pada pandangan orang yang bijak berfikir adalah peribadi.. bahasa dan adab pergaulan kita.. 

Fa pernah melihat perbualan antara dua insan yang berbeza taraf pendidikan.. sedih bila melihat orang yang tinggi education tapi masih lemah adab dan peribadi.. malah... yang rendah taraf pendidikan itu lagi bersopan santun dan menjaga lidahnya...

Ya.. kadang-kadang kita lupa or tak sedar apa yang kita tutur itu sesuatu yang sangat kurang bijak... bahasa yang kasar dan merendah rendahkan maruah seseorang sehinggakan melukakan hati insan yang mendengarnya...  so peringatan untuk diri sendiri dan kamu..kamu...

"if you don't have nothing good to say.. silent is the genius action"


p/s :: Fa seorang yang sangat jujur dengan orang yang Fa care and sayang especially my family and my close friend.. rasanya mereka-mereka ini sangat paham dengan Fa... apa yang Fa rasa salah and tak betul pasti laju je keluar dari mulut Fa kan..kan..kan.. ada yang kadang2 kasar dan ada kadang2 sekadar gurauan.. dan mostly and always.. mereka terima dengan senyuman and gelak ketawa.. percaya la.. apa yang Fa sampaikan itu ikhlas dan jujur dari hati ini.. kerana fa sayang kamu kamu kamu.... Fa tak nak orang yang fa sayang salah dalam membuat keputusan.. sebab sekali fa care every single things about u will always became as my priority.. 

No comments: