Wednesday, April 25, 2012


Salam...

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing-masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangkamasa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K’ diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu “Kenal”, “Kelas”, “Kufu”, “Kasih” dan akhir sekali “Kahwin”.
 
 
KENAL 
 
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, carilah orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan juga keperibadiannya.
Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Umar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
 

“Apakah kamu kenal lelaki ini?” tanya Umar.
“Ya, saya kenal,” jawab lelaki tersebut. Umar bertanya lagi…
“Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?” Lelaki itu menjawab tidak pernah. Umar bertanya lagi,
“Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya?”
 Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya.. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui corak kelakuan sahabat-sahabatnya yang akrab. Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara. 
 
KELAS
 
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa ‘alert’, sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat ‘MEMBINA’ untuk menjaga akhlak dalam Islam.
 
KUFU
 
Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbangkan. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.
Begitu juga dari segi harta, ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, sukar untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur.
Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yg serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.
 
KASIH
 
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis……
 
 

 “Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan
 
 Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam. Rasulullah bersabda:
 

 “Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu.”
 Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga. Sememangnya terdapat “Orang -orang yang benar benar redha dengan pasangan yang ditentukan oleh Allah tetapi pokok pangkalnya banyak terletak pada HATI kaum lelaki”.
 
 
Kalau tak berkenan, jangan dipaksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok-pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.
Hadis Nabi ada menyatakan:
 

 “Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN , Allah akan menghina keturunanya dan Barangsiapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua-duanya.”
 
 
Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan diberkati dan di lindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.
 
REDHA
 
Redha terhadap pasangan masing-masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya:
 

 Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka”
“Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang dimaksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya”
 
 Istilah kufu banyak ditekankan dalam Surah AnNur: Ayat 26:
 

 “Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik.”
 
 stilah kufu sangat ditekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. 
Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin. Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa. Begitu juga sebaliknya, masalah akan berlaku.
Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti “AKU UBAHLAH PERANGAINYA”. Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.
Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga….
 
Sebuah Kisah Yang Perlu Diambil Iktibar
 
Seorang sahabat, Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah saw. Suatu hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa orang Islam yang di tawan.
Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa Marsat dan duduk berdua-duaan kerana kedua-duanya sudah lama tidak bertemu. Marsat menolak dengan alasan dia kini berugama Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan.
Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian. Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk. Tetapi kerana cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada Rasulullah samada beliau boleh berkahwin dengan Inaq.
Maka turunlah Surah Al Baqarah:
  

“Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya berkahwin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik walaupun cantik.”
 
 taken from... monolog seorang hamba

P/s : Ya Allah... labuhkan la cintaku kepada Khalifah ku bersandarkan cintaku kepadaMu Ya Allah... agar kelak... aku dapat menemani dan bersatu dengan khalifah ku di dunia dan di Jannah Mu dalam keredhaanMu... 

Monday, April 23, 2012

24 tahun sudah...

Salam...

Semalam genap umur fa 24 tahun... Alhamdulillah... dah 24 tahun fa menumpang hidup di muka bumi Allah nie... syukur... dah banyak peristiwa dan kisah yang fa dah lalui.. suka duka... tangis ketawa.... dan ramai orang dah yang fa jumpa dengan pelbagai watak dan cerita... semuanya fa kumpul untuk dijadikan pengalaman... pengalaman itu fa ikat untuk dijadikan pengajaran dan bekalan masa hadapan agar yang baik dapat fa amalkan dan yang buruk dapat fa jadikan panduan untuk tiap keputusan yang mendatang...

Catatan sepanjang hari Istimewa Fa ^_^ :

12. 10 am.. rumate fa bangun dari tido and nyanyi lagu birthday kat fa...pastu tanya "nak roti x?" of course la saya nak... hehehe... tadaaa roti bakar sardin.... then dia kata "enjoy you birthday meal" sebelum dia sambung tido hahaha.... thanks ana... ^_^

9.00 am..kitaorang breakfast di Astaka Taman Tun Saadon... sekali dengan si comel Akib.. ^_^ masa tengah tunggu nasi lemak sampai.. sempat call mak... heeee mak xpernah lupa birthday anak2 dia... mak cakap .."nak hadiah balik rumah k..." minggu nie juga kakak balik hehehe... thanks mak for your prayer... love u mak... ^_^

11 am.. kitaorang sampai usm induk.. kebetulan hari ini ada convocation... congrats akak2 sume.. ^_^





After zohor.... kitaorang pusing2 penang plak.. my friend ,Kiah yang bawak kitaorang pusing2 penang..
and our next pit stop is ....



and kat cnie jugak kawan2 celebrate birthday Fa and Kiah... thanks kawan2 ^_^




maaf..maaf.. fa xingat nama tempat nie apa.. tapi tempat nie seriously nice...^_^

Before pulang.. kami singgah di masjid negeri for solat Asar... sempat juga la snap pic ^_^


Alhamdulillah..... birthday yang fa sangka sunyi dan kosong....


rupanya terisi oleh kamu...kamu...


 thanks kawan-kawan... course make my day...

Tiap yang berlaku itu mengajar kita menghargai orang-orang disekeliling.... 
Tiap yang terjadi itu menyedarkan kita insan-insan yang sentiasa menyokong ...
Tiap yang datang menduga itu membuatkan kita dapat menilai keikhlasan makhluk yang bergelar manusia...

Alhamdulillah... syukur dengan semua yang telah di atur olehNya... Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya... semuanya telah ditulis... tugas kita sebagai hambaNya adalah berdoa dan redha dengan tiap-tiap ketentuanNya... always think positive with what happen course Allah love us more then we love our self...

Friday, April 20, 2012

Seharian di Parit Haji Taib

Salam

pejam celik pejam celik dah masuk hari jumaat... memandangkan hari nie hari jumaat... kompom2 la susah gile nak bangun pagi... kemalasan di tahap maximum... so nak masuk lab ke x nak?? ermmm guling-guling atas katil sambil pikir nak masuk ke x lab.. ermmm last2 jam dah tunjuk angka 9... yes.. xyah masuk la... hahaha.. alasan: klau masuk pun xsempatnya nak buat test... ^_^

so aktiviti untuk hari nie ???
lepas je breakfast dengan rumate fa.. kami gi settle official work untuk hari nie... hari nie dapat info.. arinie juga gi settle.. xbaik kan tangguh keja... so baik buat dengan kadar yang segera... ^_^

Dalam kul 11 lebih and after settle kerja kitaorang tadi... rumate fa ajak g bagan serai.. kami plus 2 orang gi kawan baik kami bergerak la ke bagan serai and alang2 ada di sana kitaorang pun drop by la kejap (kejap ke?? dari zohor sampai asar la jugak kejapnya tue) kat parit haji taib... heee... bestnya arinie di parit haji taib is ....asam pedas keladi.. sedap and serious sedap.. 1st time makan and tanpa segan silunya tambah 2 pinggan nasi... (mimpi asam pedas keladi la malam nie.. ^_^")

pas je makan and solat zohor... kami berempat ada aktiviti yang best punya... iaitu...

ce teka....^_^

hint lagi nie....
hehe mancing lew... tue ikan 1st yang my friend dapat...

haruslah berpayung.. jam menunjukan pukul 3 kot time tue.. ^_^

yeay.. ini ikan saya yang pancing ye.. ^_^

my best friend yang tengah khusyuk memancing.. ^_^

next aktiviti pas mancing... mengait buah.. semangat x?? 6_^


after kait 3 biji buah... baru kitaorang tahu buah yang kitaorang ingat buah mempelam tue rupanya bukan buah mempelam tapi buah machang... hehehe... kecewa2... ^_^"

After asar... for the final aktiviti untuk arinie adalah.. kitaorang round and jalan2 kat parit haji taib nie.. berteman kan si comel rayyan.. hehe ramai juga orang kampung kluar petang2 nie.. no wonder la sebab cnie nya environment sangat tenang and best... ^_^

:: ketenangan dalam hati dan jiwa itu penting.. bila jiwa kita tenang baru lah akal dapat membezakan yang baik dan yang buruk... bila akal dah tenang baru lah segala keputusan dapat dilakukan dengan bijaksana.. akhirnya... hati akan menerima sesuatu dengan redha... :: -abang-


Thursday, April 19, 2012

kosong tapi kini ku bangkit..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 18, 2012

Khas Buat Sabahat-Sahabatku

Salam....

Hari nie fa pergi lab lewat ckit so sempat la nak tulis n3 buat sebaris dua... Kali nie fa nak share citer sal sahabat... Alhamdulillah.. Allah sentiasa mengurniakan fa sahabat2 yang baik... mereka sentiasa membantu fa dalam susah dan senang... Syukur... Para cendiakawan ada pernah berkata...

"andai kamu berkawan dengan penjual minyak wangi..maka wangi la kamu dan andai kamu berkawan dengan tukang besi.. maka bau besi la diri kamu"
means...
dalam berkawan nie harus la pandai memilih... sebab dalam kehidupan seorang remaja.. kawan lah yang mudah mendekati dan mempengaruhi kita.. ada bermacam-macam jenis kawan... bagi fa.. pilih la kawan yang bukan hanya menyokong kita semata-mata tetapi pilih la juga kawan yang boleh membetulkan kita tika kita terpesong... Jika kawan itu hanya menyokong kita walaupun kita salah... binasa la kita... perkara yang betul dibangkangnya..padah lah kita....

Kawan-kawan Fa??
Alhamdulillah... kawan-kawan disekeliling fa sentiasa bersikap positif... mereka sentiasa menegur fa dan menyokong fa... semoga ukhuwah kami kekal hingga ke syurga.. Amin... ^_^