Tuesday, October 4, 2011

terima kasih Allah...^_^


Allah jadikan suara saya tidak merdu supaya saya malu untuk memperdengarkan suara saya kepada khalayak ramai, kerana suara wanita adalah aurat..
Allah jadikan saya tidak selesa memakai alat solek yang tebal supaya saya tidak mengubah ciptaan semulajadiNya kerana mengubah ciptaanNya seperti sahaja saya tidak mensyukuri nikmat yang diberiNya..
Allah jadikan tubuh badan saya tidak elok supaya saya malu untuk mendedahkan aurat saya di khalayak ramai kerana ia adalah dosa..
Allah jadikan akal fikiran yang waras kepada saya supaya saya dapat menilai perbuatan yang baik dan juga buruk serta kesannya supaya saya berjaya mengharungi segala dugaan dan ujian yang akan di berikan kepada saya..
Terima kasih Ya Allah..
Sesungguhnya Engkau mahukan yang terbaik untuk semua hambaMu..

No comments: