Monday, October 31, 2011

Terbaik la Azrai Khor... ^_^

“SAYA tutup mulut mereka! Itu kenyataan ringkas namun cukup mendalam maknanya buat jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah.

Kata-kata itu adalah mesej tepat kepada pengkritik-pengkritik beliau yang sebelum ini meragui kemampuannya sebagai antara jurulatih terbaik dalam kancah bola sepak tanah air.


Bagi Azraai, kejayaan menjulang Piala Malaysia selaku jurulatih Negeri Sembilan dengan menewaskan Terengganu 2-1 di pentas final kelmarin sememangnya amat dinanti-nantikannya selepas membimbing Kedah muncul juara pada 2007 dan 2008.

“Saya buktikan sekali lagi. Sebelum ini ada pihak meragui kemampuan saya kerana menganggap kejayaan saya bersama Kedah sebelum ini kerana pemain import.


“Tapi sekarang saya buktikan tanpa pemain import saya masih mampu menjulang kejuaraan bersama Negeri Sembilan,” katanya, kelmarin.


Azraai yang menyambut hari jadi ke-59 Selasa lalu, mencipta kejayaan treble bersama Kedah pada 2007 dan 2008 namun kegemilangan itu dikatakan hanya bertunjangkan kehebatan dua pemain import Marlon Alex James dan Nelson Sam Martin.

Kejayaan kali ini bersama Negeri Sembilan juga dianggap titik kebangkitan kariernya selepas sebelum ini terpalit dengan episod hitam digantung tidak bertali selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum dibebaskan daripada kontrak jurulatih Harimau Muda A pada 8 Mac lalu.


“Sebagai jurulatih saya berpegang kepada kejujuran menjalankan tugas. Setiap tugas diberikan akan saya lakukan yang terbaik,” katanya.

source: my metro

p/s:: Dah lama kagum dengan Azrai Khor nie... sejak dia mula bangkitkan semangat Jelapang Padi 2007 dulu... Dari lesu Kedah bangun menjadi Singa... tapi kembali lesu lepas Azrai Khor sertai FAM... hope Hijau Kuning akan dapat kembali jurulatih seperti Azrai Khor...

No comments: