Monday, October 31, 2011

Terbaik la Azrai Khor... ^_^

“SAYA tutup mulut mereka! Itu kenyataan ringkas namun cukup mendalam maknanya buat jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah.

Kata-kata itu adalah mesej tepat kepada pengkritik-pengkritik beliau yang sebelum ini meragui kemampuannya sebagai antara jurulatih terbaik dalam kancah bola sepak tanah air.


Bagi Azraai, kejayaan menjulang Piala Malaysia selaku jurulatih Negeri Sembilan dengan menewaskan Terengganu 2-1 di pentas final kelmarin sememangnya amat dinanti-nantikannya selepas membimbing Kedah muncul juara pada 2007 dan 2008.

“Saya buktikan sekali lagi. Sebelum ini ada pihak meragui kemampuan saya kerana menganggap kejayaan saya bersama Kedah sebelum ini kerana pemain import.


“Tapi sekarang saya buktikan tanpa pemain import saya masih mampu menjulang kejuaraan bersama Negeri Sembilan,” katanya, kelmarin.


Azraai yang menyambut hari jadi ke-59 Selasa lalu, mencipta kejayaan treble bersama Kedah pada 2007 dan 2008 namun kegemilangan itu dikatakan hanya bertunjangkan kehebatan dua pemain import Marlon Alex James dan Nelson Sam Martin.

Kejayaan kali ini bersama Negeri Sembilan juga dianggap titik kebangkitan kariernya selepas sebelum ini terpalit dengan episod hitam digantung tidak bertali selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum dibebaskan daripada kontrak jurulatih Harimau Muda A pada 8 Mac lalu.


“Sebagai jurulatih saya berpegang kepada kejujuran menjalankan tugas. Setiap tugas diberikan akan saya lakukan yang terbaik,” katanya.

source: my metro

p/s:: Dah lama kagum dengan Azrai Khor nie... sejak dia mula bangkitkan semangat Jelapang Padi 2007 dulu... Dari lesu Kedah bangun menjadi Singa... tapi kembali lesu lepas Azrai Khor sertai FAM... hope Hijau Kuning akan dapat kembali jurulatih seperti Azrai Khor...

Thursday, October 27, 2011

::mood dua 3 hari nie.. ::


~from eN fb~

Mood 2 3 hari nie sukmo ke arah jiwang2.. adusss... kena cepat2 cari penawar nie.. tapi penawar nya pe erk???

Wednesday, October 26, 2011

So sweet....

EVERY HUSBAND SHOULD READ THIS:

"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.
Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).
Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
...
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you
Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.
Love her…when her cooking is bad. She tries.
Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.
Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.
Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.
Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.
Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.
Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.
Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay
Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)
Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass
Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway
Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.
Love her…when she argues. She only wants to make things right for both
Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!
*All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.*

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:
• Treat the women well.
• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives."

Dia lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk ku... siapa yang lebih berhak dan layak untuk ku... biar masa yang tentukan.. kerana sebaik-baik perancangan datangnya dari Dia.. dan sebaik-baik pertemuan itu adalah kehendakNya... Kita hanya mampu merancang dan perlu redha dengan ketentuanNya... Tiap yang Redha dengan ketentuanNya pasti berakhir dengan kebahagiaan.... tapi.. Redha itu perlu dicari kerna ia x mampu datang dengan sendirinya...

p/s:: really hope my man will accept me as what I am.. treat me well... guide me to Jannah and always pray for our happiness InsyaAllah::

Tuesday, October 25, 2011

mood jiwang malam nie sigh~

Dari lagu CN Blue sampai la ke lagu Akamatra.. sume Fa dengar..sigh~ xsuka mood jiwang nie..shuh..shuh... g jauh2... saya xnak anda... sebab xda orang nak jiwang ngan saya... sigh~ (rindu mak abah :( ) nak dengar lagu kety perry dah tiap2 hari dengar... lagu J.Lo?? muak dah... aishhh layan je la.. jiwang pun jiwang la....

Harinie nya activity?? xda la buat apa sangat pun..just tolong my friend kat lab tumbuk kaolin sampai dapat 1.18mm saiz nya... wahh deabak... seriously bahu saya sakit dua2 belah but still happy sebab kawan Fa nie lawak orang nya..wat keja ngan dia xdak tension2.. kejap je dah siap..walaupun keja tue memerlukan skill kesabaran yang tinggi ooooo.... xcaya meh try tolong....

Petang nya plak..masak bihun as our dinner... ok la.. janji kenyang kan kawan2 ^_^ xda yang gempak sangat hari Fa hari nie but still lagi menarik... still lagi boleh tersenyum... ^_^ Terima Kasih Allah sebab panjang kan usia ku sehari lagi untuk menikmati hari yang indah ini...

p/s:: awak.. cepat2 ye sembuh... and dnt forget to take medicine k.. ^_^

dia yang ku cari...


“ CARILAH LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU , Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA , Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT BERSAMA - SAMA DI SEPERTIGA MALAM . JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA . ”

Monday, October 24, 2011

Kek Puding Anggur...

well seperti yang dijanjikan... Fa nak citer sal kisah bakar membakar yang fa buat weekend lepas... xda la membakar pun... masak je hehehe.. paling mudah and paling senang kot kek puding yang pernah Fa cuba.. nie resipi campur2 tau.. leader nya my mum... dia yang bagi resipi.. Fa follow je... mana yang xcukup or xda Fa buat2 and tambah2 bagi macam ada... boleh ke macam tue?? boleh la janji sedap kan..kan..kan...^_^



Bahan2 nya::
1. Swiss roll kek (ikut korang la nak perisa pe.. tapi fa prefer pandan)
2. Tepung Kastard 4 camca besar.
3. Gula 6 camca besar. (Klu nak manis.. tambahla lagi tapi bagi Fa dah cukup dah nie.. tambah manis dalam senyuman ^_^)
4.Susu cair satu tin.
5. Air setengah tin (sukat je guna tin susu tadi)
6.Crystal Jeli (Fa suka guna perisa strawberry brand Nona)
7. Buah anggur as hiasan (nak guna buah lain pun xpe... Aiman xkisah ^_^)

Cara2::
1. Potong kek tue and susun dalam bekas sehingga jadi one layer..
2. Masak kastard bersama-sama dengan gula, susu and air. Kacau dibawah api yang sederhana. Terus kacau diatas api sampai kastard jadi makin pekat... Fa prefer kastard pekat sebab nanti nak potong senang and xpecah2...
3.Lepas kastard masak, tuang diatas layer kek tue... then ratakan kastard ke seluruh permukaan kek sampai jadi satu lagi layer.
4.Susun buah anggur diatas kastard layer.
5.Masak pulak crystal jeli:: Bancuh serbuk jeli dengan air panas. Tuang jeli atas kastard and buah as final layer.
6.Sejukkan dalam peti ais semalaman then sedia untuk di makan...senang kan.. slamat mencuba ^_^

Sunday, October 23, 2011

Weekend yang best!!!

Hello2... I'm BACK...^_^ puas seh..puas dapat balik rumah weekend nie... hehehe dah lama xnaik bas... weekend nie balik nek bas and tinggal my sayang kat campus... memula Fa cakap nak try nek train kan.. skali xjadi la... sebab macam xselamat je tunggu kat stesen keta api tue... boleh pulak alasan macam tue plus xda kawan nak teman sama hehehe.... karang xpasal2 sampai Thailand Fa nek train tue.. hehe....
So Fa decide nak try bas direct from Parit Buntar to Alor Star.. Bas MARA Liner... bas direct nie ok ckit kot sebab xyah nak transit kat mana2... sesuai dengan orang yang malas nak bersesak macam Fa.... ^_^

Tiket nie kul 9.45 am.. pagi tue lepas subuh.. Fa kemas2 sambil dating with my lappy.. tengok apa2 yang patut then waiting my friend habis class untuk hantar Fa and my rumate ke Parit Buntar... Nasib baik ada yang nak tolong menghantar kan.. klu xmelayag la duit teksi RM7... mahal tue hehehe.... Dalam duk menunggu bas sampai sempat juga la Fa sembang dengan sorang mak cik nie.. ramah orang nya... itu ini mak cik nie bercerita... suka pulak mendengarnya... sal anak2 dia... sorang ada di Melaka...Kuala Lumpur la... and ada sorang lagi duk dengan dia.. Katanya encik Engineer.. ehem2... hahaha.. no la... kompom2 Fa kena reject ngan makcik tue dah sebab keja gelak je bila makcik tue citer.. hehe... nama pun Ratu kegembiraan.. happy je la keja... kan..kan..kan... ^_^

Pas je bas sampai Fa dengan confident nya naik la bas tue.. aiyok kosong la.. da 3 orang je dalam bas tue.. Kata pakcik bas tue nie kira ramai la nie... slalu pakcik jalan sorang2 je.. hahaha... Mybe sebab xramai kot lagi yang tahu ada bas direct dari parit buntar ke alor star.... Ok2.. meh Fa nak wat announcement kat cini ::

KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.. TERUTAMANYA PENDUDUK PARIT BUNTAR... MARA LINER ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN BAS DIRECT DARI PARIT BUNTAR KE ALOR STAR SETIAP HARI.. untuk maklumat lanjut..gi la jenguk kat kaunter Mara Liner ye... okey??!!

wah semangat x?? klu xtahu lagi xtau la nak kata pe... dalam 12.30 pm Fa selamat sampai di Shahab Perdana... my lovely mum dah tunggu dah time tue... lepas ke kluar dari shahab perdana kitaorang terus gi Tesco... shopping!!! shopping barang2 dapur la... barang2 nak buat kek... haa... kan Fa ada cakap nak bakar membakar kan weekend haritue.. tapi xla membakar pun... nanti Fa citer k... Biasa la ...pas shopping baru sedar perut bunyi kan.. kebetulan sedara Fa ada buat kenduri ckit haritue..apa lagi terus la gi rumah dia untuk mengisi perut hehehe....

Malam nya pulak Fa tuntut janji abah yang katanya nak hadiahkan rice cooker kat Fa klu Fa sambung Master... betul2 perlukannya.. sebab cnie nak masak megi pun air panas xda tau.. sadis x??? abah cakap ok... wah.. terbaik la abah... kat Giant kitaorang skali lagi shopping.... nak tahu fa dapat pe?? bukan rice cooker k..

Multi Cooker tau..

ngan Kettle lagi tue... heaven2..

Thanks abah... lepas nie.. leh la sambung masak kat bilik je.. weee ^_^ masak tanpa sempadan...wah gitu plak... dalam duk bz2 duk test cooker ngan kettle.. sempat juga la Fa sambar DVD satu tray tue untuk transfer citer Running Man kesayangan hati tue.. bak kata kawan Fa.. harta kita tue.. hehehe.... abah xperasan pun sebab Fa yang pegang kad abah masa kat kaunter.. abah datang2 sain je... hehehe.. teruk x??? ala skali skala kan..kan..kan.. dalam keta baru Fa bagi tahu.. huhu... so teruk kan... ^_^

Malam tue pas balik dari Giant dihabiskan dengan mem'burn kan running man dalam dvd.. jangan jealous k... ^_^ Jeasuk oppa memang best!!! ^_^

Thursday, October 20, 2011

Mood malam nie hilang...sigh~


Malam nie xda pe nak buat.. lebih tepat lagi.. seharian hari nie xda wat pa pe.. skool pun x gi... cubic pun xjenguk.. lab??? lagi la... waduh2.. critical nie... hari nie juga banyak mengadap my lappy +cari tiket untuk balik esok+ basuh baju + masak for dinner... lepas tue sambung balik ngadap my lappy... kiranya sekarang nie my boy friend is my lappy... hahaha... boleh ke macam tue.. klu status kat fb tue In Relationship with Mr Lappy.... ermm not bad kan... ok pe sebab still _____ lagi kat status In Relationship Fa tue.. hehe...

Sepanjang duk dating with Mr Lappy.. fa banyak usha blog2 member yang buat kek.. waduh2... cantik2 nya kek diaorang.. one of them is Rizq Cake nie... serius cantik2 sume... x caya ce gi usha kat blog Illa tue... satu lagi kat blog kak rani nie... dah pasang angan2 dah nak gi join class yang kak rani nie buat.. sebab dekat dengan rumah Fa.. InsyaAllah.. klu xda apa2 halangan Fa akan join sebab memang dah lama berminat dengan dunia kek and masak2 nie.. cuma masa yang xmengizinkan... klu kat lab masak juga.. tapi masak bahan2 chemical.. bancuh adunan bancuh juga tapi adunan concrete la.. hehehe ye la nama pun lab...lab civil eng plak tue.. mana la nak dapat tepung sugar segala bagai hehehe... tunggu weekend balik rumah then baru boleh lepas giat nak masak puas2.. tue pun klu sempat balik kan.. jauh betul bidang fa skrang nie dengan minat Fa.. well nie dikatakan takdir... Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya... ^_^

Lepas je puas jenguk2 blog orang Fa baru teringat ada janji dengan my lil sis nak burn sume citer2 korea tuk kasi kat dia time dia balik Malaysia nanti... adik.. xsempat burn sume.. dah kehabisan CD.. nanti plak sambung burn erk... bila poket dah kembali penuh sigh~

ok la... nak kemas mengemas baju untuk balik esok.. weee..I'm coming home..I'm coming home.. tell the world I'm coming home..let the rain wash away all the paint of yesterday.... xsabar nak jumpa mak abah+bilik ku+dapur ku+shoping!!!! = ^_^ (hilang sume beban.. ringan otak dari pikir benda yang bukan2.. rest sekejap otak dari chitosan and the geng... freedom for a while ^_^)

wah wajah baru!!!

wah.. terkejut Fa buka2 blog tengok2 layout baru... terkejut x??? nie kredit to my lil sister yang nun berada kat Egypt nuh...polkadot diary thanks dear ^_^....

Citer ari nie??? nothing special.. but tomorrow i will went home.. hoyey.... hehehe xsabar dah cik nak jejak kaki kat shahab perdana weeeii.. hehe... ok la .. nak gi search resipi kek jap sebab mood nak bakar membakar kek datang plak kali nie... nanti Fa update kek apa yang jadi mangsa Fa k... see ya..^_^

Wednesday, October 19, 2011

saya sayang abah!!!!!

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..


::lelaki terbaik pernah ada dalam hidup saya adalah abah...
tiap kali saya lapar pasti abah masakkan untuk saya
tiap kali saya nak pergi jalan2 jauh abah pasti kata jangan
tiap kali saya ngadu tak ada duit.. abah mesti sms kata duit dah bank in
tiap kali saya sakit abah pasti bawa saya berubat...
tiap kali saya balik rumah.. abah pasti service kan keta untuk saya...
tiap kali saya moody sebab abah.. pasti abah akan diam je...
tiap kali saya calarkan keta abah.. skali lagi abah pasti akan diam je...
abah xpernah pukul or tengking saya....
yang abah selalu buat...
diam... dalam diam abah.. saya tahu abah marah...
dalam diam itu juga saya janji xakan buat lagi...
sebab saya sayangkan abah!!! ::

keja tiap2 kali buka laptop...


Hari2 lepas mandi mesti buka laptop.. tue acara wajib... buka laptop buat apa???

1) Check email... sambil buka sambil doa .. harap2 ada news sal en Ma and en My...
2) Lepas tgk dalam email xda pa pe news sal en Ma and en My... dengan sayu nya buka la pulak
fb.. intai2 status member2 seangkatan.. tengok pe ce diaorang hari tue....
3) Then buka plak mymetro..tengok plak sal berita dunia sekarang....
4) Sambil2 nak tunggu page my metro loading... al maklum la internet cnie macam siput ckit...
slow.... buka la page en Ma and en My .... kot2 ada news dalam page diaorang....
5) Selepas skali lagi kecewa sebab xda apa2 berita dari dua2 tue.. and also lepas baca mymetro..
terus tutup laptop and bersiap p skool wat keja... kerja oh kerja...

Macam tue la tiap2 hari... buka and tutup laptop... arap sangat dapat en Ma... saya sangat2 kasihan sekarang nie sigh~ but still can smile .....


doa2 la saya dapat ye kawan2.. ^_^

Messy day

Hari nie seriusly agak kucar kacir... semuanya sebab satu surat.. bila dipikir2kan balik.. gelabah nya Fa... nak kena story ke erk??? ermm briefly je la erk fa story.... kisahnya sal surat ptptn Fa... call ptptn katanya dah send...call mak.. katanya dah sampai tapi...............................abah dah buang.. sigh~ seharian bertungkus lumus nak dapatkan balik surat tue dari ptptn... last2 surat yang dibuang tue surat lain... sigh~ betul2 menguji kesabaran dan ketabahan... siap drama lagi dalam cubic.. nangis diam2 depan laptop cause takut xdapat Mara... huhu ngeri ooo klu xdapat Mara tue... without money how can I survive...

Moral of the story for today are::
1)jangan cepat gelabah..
2) tenang...
3)and be strong... bukan xstrong tapi cepat je air mata nie nak kluar... ermm.... "big girl don't
cry..."
People learn from mistake... and from mistake people growth up...take note all the lesson and will not repeat it again... keep in my mind...

Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".

>> Kerana ALLAH lebih dulu mengetahui rancangan apa yang mendatangkan KEBAIKAN dalam HIDUP kita.

Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Tip untuk sayang orang yang kita sayang..^_^

~BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG~

1.Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan
berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.

... 2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya...

p/s:: saya sayang family saya.... dan juga dia...^_^ ::

Tuesday, October 18, 2011

Dinner with Ramen!!!


Lambat pulak malam nie wat n3... baru lepas tengok citer Raya Tak Jadi.. ala citer si apek ngan Johan raja lawak tue....lawak la juga sebab sepanjang citer tue keja gelak je.. so kira lawak la.. better then hantu bonceng yang xbrapa menyengat tapi tetap box office... sigh~ ye la..masing2 punya selera masing2... kan..kan...kan... ^_^

Malam nie dinner dengan rasminya hanya la Ramen with telur.. best pe.. heheehe biasa la.. namapun student... mana leh pisah dengan Ramen.... Ramen tue menu wajib tau.. tambah2 bila poket tengah kering macam sekarang nie.. Ramen pun dah dianggap nikmat tau... nasi?? ermmm xbrapa selera.. nasi kena tunggu duit masuk baru selera haha.. ala2 mat saleh.. seminggu sekali dua kot makan.... nie kira masuk skali dengan program diet la... kill 2 bird by 1 stone... nice zaa... hehehe.....

Skarang nie dah masuk musin hujan erk??? klu ikut research yang Fa buat dulu.. monsoon season come starting November until February... dah November ke?? hampir2 dah la kan.. yang penting sejukkk.. hari2 hujan.. Alhamdulillah... ^_^ tapiiiiii sejuk buat saya malas.. malas nak membaca... malas nak berfikir... dan rajin nak tido.... sigh~

Ok la.. need to settle down my work before next week... cause next week dah nak masuk lab... see ya.... (",)

Monday, October 17, 2011

short n3 fOr Today....

Hari nie bangun lambat lagi.. hari2 saya bangun lambat hahaha... slalu sebab tdo lambat..tapi hari nie memng xda ampun nya la..tido awal but still bangun lambat sigh~.... lepas masuk lab check segala bagai alat and bahan... terus shoot g stesen keta api... g check tiket.. malang nya tutup la plak... aisey... baru ingat nak balik ngan keta api... xpernah g seumur hidup nek keta api.. nak juga la merasa nek keta api weekend nie.. tapi macam boleh je.. xpe2.. esok awal2 g Fa muncul kat depan kaunter tiket erk... hehehe... arap2 ada la tiket...

~pssstss... nie oppss rahsia tau.. event my dad pun xtahu.. bukan xnak bagitau tapi dah tau..kompom nya xboleh klu abah tau Fa nak balik ngan train... nak balik ngan bas pun abah xkasi nie kan plak train... sigh~... abah.. anak abah nie dah besaq ok... tapi walau sebesar mana pun tetap nak jadi budak kecik mak and abah... sampai bila2 ^_^ hehehe~


mood harinie:: saya manusia biasa...
punya hati untuk merindui...
punya rasa untuk menyintai...
tapi biarlah pada yang berhak...
pada yang benar2 menerima diri ini seikhlasnya...
pada dia yang sentiasa aku nanti siang dan malam hari ku...
pada dia yang ku rindui selalu...

Kenali Wanita...^_^


~~Kenali Wanita~~

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

p/s:: saya angin.. Anda??? ^_^

bila Lelaki BetUL2 serius Dalam Cinta??

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..

p/s: biar la lelaki itu bergelar suami.. bukannya kekasih.. kerna dalam Islam kekasih hanya bererti selepas perkhawinan...

Sunday, October 16, 2011

TouR with iNESCO

Final day.. tour with iNESCO... dalam separuh sedar bangun and prepared tuk pergi tour pagi tadi... muka sangat xboleh blah...muka xcukup tidooo....

sembam semacam je kan... zZZZZzzz

Kul 9 after breakfast terus bertolak menuju ke eco-hub usm.. ermm excited sebab selama duk usm nie xpernah tau pun usm ada eco-hub and 2nd reserved forest... hahaha... yang tau usm induk sememang nya unieversiti dalam taman... redup je ngan pokok2 besar yang rendang..sampai je.. penerangan diberi secara ringkas oleh prof tentang kawasan disini.. ada banyak trip untuk tour nie.. disebab kan xcukup masa nak melawat semua.. kami dibahagikan ikut group...Fa and my friend choose to see bird watching... best...macam2 dapat blajar melalui tour nie... ecosistem kat usm.. history building here... interesting... jalan pun xda la penat sangat sebab kami sume berjalan di bawah giant trees.. redup and berangin je.. best2... xcaya?? meh nak tunjuk ckit....



ana sempat g posing depan pokok besar...
nice kan..

serius nie sume ada kat dalam kampus induk usm..bukan copy paste dlm google tau...

peace..^_^

nie pokok apa??? pokok nie la kitaorang lunch... lunch bawah pokok la..
Ada cafe bawah pokok yang rendang nie.. best plus nyaman je...

sesuai untuk santai and gosipppp...

Then after lunch kitaorang terus shoot balik campus...engineering campus... dalam bas kompom2 sume tido dengan lena nya lepas lunch dengan lahap tadi hehe... so weekend nie.. adakah anda bosan??? Tidakkkk... masa saya sangat2 terisi dengan activity2 yang menarik!!! hahaha.. The End.... ^_^







2nd day of INESCO

Disebabkan semalam qada drama korea yang xsempat tengok last week gara2 nak prepare untuk conference nie.. nak xnak.. sampai lewat malam juga la bersengkang mata tengok... and finally kitaorang lambat muncul kat auditorium conference hari nie.. miss one slot with Prof Hamidi.. sigh~ rugi2..
sempat dengan Prof Rahman je.. tue pun dah kagum giler dengan research yang diaorang tengah wat skrang nie... betul2 aset negara la... bak kata Prof...

::Msia sekarang tengah work hard to move to another level.. not as a developing and producing country anymore.. we wanna be a country who aware with environment and sustainability for future generation. Therefore, researcher ,PHD and Msc student are importance and needed. They become an asset to the country.::

lebih kurang macam tue la ayat nya.... kagum sebentar.. wah bernilai jugak diriku sebenarnya.. terus semangat nak wat research.. berbakti untuk negara.. hehehe ermmm sustain tue apa???
prof cakap sustain tue klu di mudahkan bahasanya...jadila ayat nie...

"sustain is what you borrow from the previous generation then you used it wisely..after that you return it as what you get to the next generation" naaa.. tue la maksud nya...

bukan nak cakap development xbagus.. tapi biarlah seimbang... klu x sampai bila pun isu global warming xkan abis2 di bahas and akan datang lagi macam2 nama taufan lagi masa akan datang.. hehe... Fa suka dengan konsep sustainability yang usm bawak... dengan konsep nie secara lansung student USM sendiri terdedah dengan pentingnya menggunakan bahan2 mesra alam.. no white coffin anymore (white coffin tue bekas makan polystyrene... diharam kan terus penggunaannya di cafe kat kampus Fa nie).. kesedaran tue timbul sendiri dalam diri dengan pendedahan yang dibuat oleh USM.. bagus kan... memang mudah klu guna bekas polistren... lepas guna boleh buang... xpayah nak basuh and paling best murah!! BUT REMEMBER.... its give a lot of harmful to environment especially to our ozone!!!!!!

Pas abis plenary speech... kitaorang pun merayau la dari satu hall ke satu hall tuk dengar orang lain present paper masing2... senyum je sepanjang hari ini sebab azab kami dah lepas dah smalam hehehe..

Merayau2 after plenary talk

Lepas je lunch.. terus kitaorang balik bilik.. xsempat pun nak jumpa VC.. nie sume gara2 nak kejar masa untuk g kenduri prof Azazi kat dewan siswa.. 1st time kot ada kenduri kawin kat kampus nie... penat.. penat sebab banyak makan.... makin tembam la saya.. weee....

Disebabkan terlalu penat makan aritue... again we miss slot petang sebab over dose tido hehe.. bangun2 je terus siap untuk Gala Dinner kat DU.... Enjoy jugak la dinner malam tue... makan lagi kan... adeh.. 3 hari nie INESCO buat saya gemukkkk... sigh~

peAce...

tempat kitaorang makan ^_^






Saturday, October 15, 2011

Continue smalam nya citer...

Smalam Fa xboleh nak up load picture conference sebab internet kat campus nie al maklum la..semput... xbest la kan klu xda gambar... ada gambar baru leh rasa suasana nya kan..kan..kan... hopefully arinie boleh la up load ye.. meh kita try upload tengok...

tengah menghafal teori... cuak tahap xingat time nie.. seramm ^_^

Besar screen dari Fa.. kerdilnya rasa..

no yang xberapa bertuah malam tue...adeh...kak Gia jugak yang dapat kan hehehe

Malam tue after dinner ada symphony of culture.. ada persembahan adik2 comel.. cute2 je sume... ada juga band pakcik2... lawak juga tengok foreigner2 tue berjoget bila lagu2 classic di mainkan... ikut la korang.. janji korang happy..^_^ citer untuk harinya?? tunggu next N3 pasnie k.. ^_^





Friday, October 14, 2011

Alhamdulillah.. everything goes smoothly...

Yap... I already finish my presentation paper... Alhamdulillah.. everything going smoothly even do doing last minute correction on my slide show... hehehe... cuak seh... last minute tue... cuak dari pagi sampai la ke tengah hari.. lunch pun ala kadar coz cuak nya pasal kan... 1st time kot.. well everything need a first experience... kan..kan..kan.. abis je present paper dalam hati cakap.. oh macam nie ke International Conference... see...dapat juga gain a new knowledge kan... plus dapat add more friend here.. yang xkenal terus jadi kenal.. hehehe.. janji pandai2 la bawak diri kan... apa2 pun dah selamat publish one paper for this conference... another next paper is coming.. this is just a beginning for me.. there are a lot of paper presentation and viva coming soon... pray for me!!



p/s:: saya di landa virus angau ke??.. mana saya pergi saya nampak dia.. mana saya lihat saya nampak dia.. saya betul2 angau ke?? kadang2 saya sendiri keliru.. betul ke dia atau orang lain.. ermm... sebenarnya saya rindu dia.. saya harap dia begitu juga::

Thursday, October 13, 2011

Kenapa Umat Islam Sembah Kaabah??


:: Baru je lepas beriadah dengan my friend Ana and Am... beriadah tue kan baik untuk kesihatan ^_^ penting tue.. badan sihat otak cerdas... kan..kan..kan.. hehe sampai2 je dalam bilik macam biasa mengadap laptop and usha2 member2 dalam fb sementara nak tunggu peluh kering.. dalam duk usha2 tengok member2 dalam fb, Fa tertarik dengan satu artikal.. dialog sebenarnya... dialog antara missionary and pendakwa tentang Kaabah... menarik... meh sama2 kita baca, renung dan fikirkan ..^_^ ::


Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.


Baru je lepas beriadah dengan my friends.. am and ana.. sampai je bilik
Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……


p/s:: Hari nie hari Khamis malam Jumaat.. Jom baca Yassin Jom...^_^

Ingatlah... Wahai teman.. ^_^

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...♥ ♥

Debaran...

::Esok Fa ada conference kat sini2 je.. Uniesco 3 days.. nervous jugak la.. but more rilex compare to fyp dulu... Harap everything will going smoothly.. Amin.. mohon doa semua ye.. moga Fa dapat present dengan lancar and jawab semua soalan dengan bernas nya.. yakin2... This is my first task as post graduate student... hopefully I can delivery the best that I can do... InsyaAllah.... Nanti Fa update ye progress nya...


Meja semak...


...




Senjata Umat Islam...


KENAPA TAK ROGOL SAYA???

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam……..

Wednesday, October 12, 2011

Wahai Lelaki...


~* WAHAI LELAKI.. *~

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :
•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah,
•.♥• Nasihatilah dia,
•.♥• Perbetulkan kesilapannya,
•.♥• Jagalah dia dgn baik,
•.♥• Kasihanilah dia,
•.♥• lindungilah dia,
•.♥• Berilah kasih syg padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• Bersabar dengannya,
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya,
•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya..

✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amiin..✿

Message ....

"SMS SERAM NI DARI 'AGEN SYAITAN...'


Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang
sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya
memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya
dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu
daripada semua ini....

*****************************************************************

1.
salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama
sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy
harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab
ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try
sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik
sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3.
Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2
tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4.
awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak
pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk
dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate
cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk
da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6.
Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy
utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk
pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan
je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk
syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq
ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8.
Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat
utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn
risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji
kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10.
Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh
pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12.
Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam
wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je..
nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory
ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh
xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14.
Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke?
Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg
ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa
pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan
abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg
cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just
nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16.
Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg
special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat
wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg
cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg
janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

**************************************************************************

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24.
sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak
dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut
syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg
mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan
masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau
kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin
kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...
masyaallah~
harap kita x tergolong dalam golongan ni...

#adakah kita pernah menggunakan ayat-ayat diatas mahupun,terjerumus dengan ayat2 manis diatas....
urmmm,renung-renungkan dan ambil iktibar....

from::FB

Tuesday, October 11, 2011

Subuh itu.... Ia mengusik jiwa ku...


“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi. Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.

”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus. “Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.

Dengan ini, bermulalah kisah si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.

Alfatunnisa’ adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.

”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta. Adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya. Nauzubillah, ya Allah, selamatkan diriku daripada godaan syaitan”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.

Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.

Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.

”Astaghfirullahal azim.. Alhamdulilah, aku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.

Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.

Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program “Selamatkan Jiwa”. Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanita lain. Sangat pendiam orangnya.

Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.

Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah…

Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.

Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.

Ikhlas, Izhar…

Warkah Izhar kemudian disambut dengan sebuah nota..

Wassalam saudaraku Muhd Izhar…

Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu…

Wahai saudaraku.. Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku.. Janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kiranya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirimu, tetapi aku membenci egomu. Ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta, sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami..

“Astaghfirullahal ’azim… Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.

Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran. Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba.

By :: Ruhana

Monday, October 10, 2011

HambaMu


:: Ku berlindung dibawah kekuasaanMu Ya Allah...
Ku berdiri dibawah kekuatan Mu Ya Allah..
Ku teguh dan tabah menempuh dugaan berbekalkan janji-janji Mu Ya Allah...
Ku pasrah dengan ujian ini sebagai bukti keimanan ku kepadaMu Ya Allah...
Sesungghnya aku hanyalah hambaMu Ya Allah....
Seandainya aku tersungkur dalam ujianMu ini Ya Allah...
Rawatlah luka itu dengan seribu ketabahan Ya Allah...
Hilangkan la rasa erti putus asa dengan bantuan dan RahmatMu Ya Allah
Bimbinglah aku kembali ke jalanMu Ya Allah...
Ku Benar-benar mengharapkan belas Ihsan dariMu Ya Allah...
Setibanya disisiMu Ya Allah
ku benar-benar berserah...
Terimalah aku Ya Allah.. HambaMu..:



HambaMu
By: Akhil Hay & Mawi

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Owh ho owh ho
Hambamu Allah.....

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Thursday, October 6, 2011

Saya Beruntung dan bersyukur Dilahirkan sebagai Perempuan Islam ^_^

~Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi