Thursday, July 28, 2011

Malaysia Best.. SingaPore.. xBest lansung

Tengah emo lagi nie.. Emo sal apa lagi sal bola la...alahai main macam xnak main je... yang pasti untuk game malam nie medical team ( amoi tue ) for singapore adalah team yang paling sibuk sekali duk melayan kerenah pemain2 diaorang.. boleh la dapat gaji lebih ckit kot malam nie.. hehehe... sememang nya xpuas hati dengan singapore... terlalu banyak drama..
bak kata my mum..........." x gentlemen lansung la singapore nie men " nah ambik ko hahaha kan dah kena fire ngan cikgu besor... hehehe

For harimau malaya... good job walaupun xla berapa menjadi sangat malam nie... semuanya serba xkena... xpe la xda rezeki... and hero for today.. Xlain dan xbukan Khairul Fahmi.. terbaik la awakkkk... keep it up... sentiasa menyokong Malaysia negara ku tercinta :)

Nampak macam Fa peminat setia bola negara kan3.. hahaha xda la minat sangat but as citizen we must always support our country in all aspect kan..kan..kan.. Malaysia Bolehhhh!!! ^_^

Monday, July 11, 2011

Kerana Dia Manusia Biasa


setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.
Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.
Saya faham keadaanya ketika ini.
"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."
"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.
Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.
Eeh..., dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja."
Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. "Teruknya dia ni."
Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

************ ********* *******

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* *********
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia.....?"

"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "

Ssttt....."Saya menutup mulutnya.
Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."
Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.
Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.
Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.
Wallahu 'alam.
*diambik dari iluvislam.com

p/s : manisnya cinta andai di sulam dengan Iman....

SErAM....


seramnya tengok video sal perhimpunan BERSIH aritue... dah xmacam Malaysia dah Fa tengok ..ala2 Thailand pun ada... haishh.. di mana la Malaysia yang aman damai dahulu?? saya sayang MALAYSIA... tapi MALAYSIA saya dah jadi huru hara.. lepas nie harap2 xda la jadi dah macam nie... malu dekat negara luar eh..

Moh la duduk bincang baik2.. bukan sejarah pernah ceritakan ke kita dapat Kemerdekaan melalui rundingan.. perbincangan.. bukan keganasan.. pada Fa.. Malaysia sebuah negara yang punyai ramai cerdik pandai.. buktinya... Malaysia pesat membangun and gah di mata dunia sekarang hasil kebijaksanan pemimpin and rakyatnya.. bukan melalui keganasan and pergaduhan.. kita sentiasa dahulukan perbincangan and rundingan.. bukan keganasan.. haish..bukan apa.. seram bila tengok video2 tadi tue.. and tetiba terpikir dengan apa yang dah jadi pada negara2 lain.. rusuhan sana sini last2 jadi macam apa yang cikgu sejarah citerkan kat sekolah dulu.. campur tangan orang asing..."campur tangan british di tanah melayu merupakan permulaan kepada pengalih kuasaan sultan2 melayu kepada kerajaan british" na.. ingat lagi x??

xmau la gaduh2... lupakan la sal gaduh2 nie.. ce bincang sal isu yang lebih penting... sal jerebu yang teruk giler kat penang tue ke... sal masalah sosial remaja sekarang ke...pasal yuran blajar ke yang naik mendadak tue ke... pening den bila pikir sal yuran nie... sigh~

p/s: kita belajar melalui sejarah dan sejarah itu tetap akan berulang... rugi la bagi kita yang x ambik ikhtibar darinya...sigh~

Dah Macam Bukan Negara Islam dah....


TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam... tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

By: Abdul Shukur Mohamad

p/s: ambik dari fb one of my friend nie... just nak share perkembangan semasa... Islam bukan untuk di politik kan.. tapi untuk di amal dan di jadikan cara hidup kita di muka bumi Allah nie... Fa xsokong mana2 pihak.. sebab masing2 punya agenda tersendiri.. tapi yang merisaukan Fa.. klu benar la sume yang ter list kat atas tue.. and Klu dia dapat semua tuntutan dia yang kat atas tue.. sah2 kita as a muslim yang rugi and agama kita juga yang tergadai akhir nya... renung2kan lah...

Saturday, July 9, 2011

Bersih???

Hari nie buka je laptop.. sume tengah bising sal perhimpunan bersih .... dalam paper.. facebook blog2... kecoh2... tapi Fa xikut sangat sal bersih nie.. Fa xminat sangat politik2 nie.. hehehe so baik Fa diam je kan.. xnak la masuk campur karang xpasal2 Fa plak yang kena..

Ok2 kita stop sal bersih membersih nie... masa tengah duk baca paper on9 tadi... kes jutawan terkenal yang mati dibunuh tue dah pun mula dibicarakan di mahkamah... sape yang boleh lupa pada kes berprofil tinggi tue kan.. pembunuhan yang sangat2 kejam dan xberperikemanusiaan... sedih2.. fa harap sangat pembunuh tue dapat balasan yang setimpal and menjadi pengajaran pada yang lain... klu nak tahu lebih lanjut boleh la baca kat Metro ON9 nie

p/s : kita hanya hamba Allah dimuka bumi nie... Tiada siapa mampu melawan takdirNya... Hidup la tanpa permusuhan dan sifat dengki... kerna kita hanya la hambaNya yang lemah...

Friday, July 8, 2011

Flash back..^_^

Salam..^_^

Fa baru je lepas tengok citer drama Nur kAsih.. bukan ketinggalan ye.. tapi re watch je balik drama tue hehe saja nak tenangkan fikiran tengok drama tue... Suka tengok watak Nur je dalam tue... Lembut and tabah orangnya... Kesayangan mak mertua tue yang paling best tue.. ye la.. bukan senang nak buat mak mertua sayang kan menantunya.. klu kena yang sekepala boleh la.. klu yang berlawan angin macam mana.. hehehe.. apa2 pun yang paling penting... bagi Fa la.. orang tua walau macam mana pun kita kena hormat and sayang kan mereka... jangan sesekali abaikan mereka... tue je harta kekal yang kita ada di dunia nie... ^_^

Hari nie sepanjang hari Fa siapkan kerja kat opis... ada ckit lagi xsiap.. next week plak sambung ye.. xda orang pun kat opis arinie.. sume cuti cause smalam kan holiday.. so sume pakat sambung cuti.. ye la nie je peluang yang ada tuk rest panjang ckit hehe... Good news for tomorrow... my parents nak datang cnie ... tengok anak kesayang dia la pe lagi hehehe... looking forward for tomorrow... :) but... now I need to finish repairing my proposal.. esok kan nak jenjalan hehehe... chaiyok2 ^_^


p/s : setiap yang berlaku ada hikmahnya.. setiap yang salah ada pengajarannya.. terpulang pada diri untuk membaiki kesilapan itu atau pun tidak.....

Jadik cikgu...

Last nite Fa ada attend satu kenduri cukur jambul anak sedara one of my friend nie.. meriah giler rumah dia sebab dapat dua anak sedara serentak... bestkan.. skali tengok baby2 tue dah macam kembar dah.. comel sangat2.. hehehe... tetiba teringin nak ada baby... sebab cute tengok baby2 tue... paling suka time tengok baby2 tue tido... wah lena nya diaorang tido.. tenang je rasa hehehe...

Majlis tue juga diselitkan dengan celebrate birthday boy akib... semalam genap la setahun hari lahir dia.. aktif sangat2 si comel nie... mak ngan ayah nya Fa tengok kecik je orang nya.. tapi baby boy nie semangat tul badan dia.. ikut mak ngah dia kot.. hahaha... Fa ngan my friend bertolak lepas asar and sampai dalam pukul 6 lebih.. majlis tengah mula masa kitaorang sampai tue... banyak makanan2 yang best2.. hehehe.. walaupun Fa tengah diet... semua makanan tue fa bedal hehehe... (xpe kan stop diet sehari je ..kan..kan..kan.. ;) )

Malam nya pulak jiran tetangga ramai yang datang mengziarah... masa tengah sibuk2 ramai2 orang datang tue la Fa and my friend jadi cikgu ..tolong anak2 sedara kawan fa yang lain tue siapkan homework.... homework apa tau?? English you.. hahaha... seronok gak men ngan budak2 nie... ye la Fa mana ada budak kecik kat umah... adik2 sume dah besar.. membesar sekali kan hehe.. skali sekala dapat layan kerenah budak2 kecik best jugak kan.. hehehe... Dalam pukul 10 kitaorang pun bertolak balik... best2... thanks my friend cause invited kitaorang datang ke majlis tue ^_^

Nie ada ckit picture masa kenduri tue.. xbanyak pun Fa snap sebab duk galit tengok orang and baby hehehe...


With my friend and her niece after majlis ^_^



Cian Imah tersorok kat belakang hehehe


Birthday boy tido keletihan selepas seharian berkejaran satu rumah... so cute :)



p/s : Always make our Family as our priority ^_^

Thursday, July 7, 2011

Hari nie...

Baru je lepas jumpa bapak.. discuss about my proposal... baik betul my supervisor tue kan.. sanggup discuss about work event today is a holiday.. I'm lucky and proud to be one of your student bapak.. :) well ada la ckit2 yang perlu di improve kan in my proposal...

Today activity?? memandangkan arinie holiday and xda keja nak buat so nampak gaya nya leh la walking2 kat blog2 orang... emmm dua hari yang lepas my cousin ada post link blog kak moon nie.. dalam blog kak moon nie ada kisah sal adik iparnya yang mengidap brain cancer.. sedih baca kisah sal pasangan muda nya... Fa xmampu nak tolong lebih.. cuma yang boleh fa buat sharekan story sal adik ipar kak moon nie... (mohon izi ye kak moon tuk share citer kak moon nie)

Adik Ipar Moon nie pasangan muda yang baru je kawin and have a healthy son... comel sangat anak diaorang (Rafiq) ...


Dugaan yang diaorang terima sangat la berat.. klu Fa ..xtahu la mampu ke x Fa hadapi nya.. Tapi setiap dugaan tue Allah hanya akan uji pada hamba2Nya yang dia sayang and sepadan dengan kemampuaan hambaNya..

Dalam baru hampir setahun usia setahun perkhawinan mereka... adik Ipar kak moon kena brain cancer.. namanya norma... Brain cancer stage four bukan la benda main2 .. stage 4 is a critical stage.. paling sedih is Baby yang baru dilahirkan tue belum sempat lagi dia belai and jaga.. hebat kan dugaan buat mereka... But kak Norma so lucky cause having a great husband beside her.. husband kak Norma nie la yang jaga dia xjemu2 teman kak Norma di hospital and he never give up with his wife...

Fa pun xtahu sangat sal kisah kehidupan mereka.. ini dari apa yang fa baca dalam blog kak moon... klu nak tahu cerita yang lebih lengkap... boleh la usha2 kat blog kak moon nie

pada yang ingin membantu.. boleh la membantu kat akuan nie....

cimb

01070068677528

Noormawati Mohd Rasif



p/s: setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... Fa suka baca kisah2 kehidupan orang lain.. kerna melalui kisah2 mereka... baru Fa sedar.. bertapa untung and bertuahnya kita dengan segala rahmat and kehidupan yang telah Allah berikan pada kita...
Jangan la terlalu sombong di muka bumi Allah nie.. kerana kita hanya la hamba Allah yang lemah dan serba kekurangan....

Tika ini....

Malam nie macam malam2 yang sebelumnya... xda keja nak buat...dua tiga hari yang lepas boleh jugak busy kan diri dengan proposal master... tapi skrang proposal pun dah send.. apa nak buat ye?? emmm kembali membosankan diri.. Fa bukan la orang yang giler kan slot2 drama korea macam yang lain ... Fa suka sembang then sakat2 orang then gelak2.. baru rasa macam hidup je life nie... but now ..semua member2 and orang rapat ngan Fa dah balik ke negara masing2.. sedih bila pikirkan... bila abis blajar je.. situasi and peranan masing2 dah berubah...even character masing2 pun dah berubah... kadang2 rasa macam orang asing je bila contact each other... not warm like before.. emmm masing2 dah ada tanggungjawab sendri.. dulu time kuliah.. time lab.. wah rasa meriah sangat.. berkumpul ramai2..  seriusly I'm miss that moment... now xda sape nak layan Fa dah.. huhu sedih kan... pendek kata sume dah berubah!!!!

Cari kawan baru?? cari teman baru?? tambah lagi kenalan?? I wish i could.. walaupun Fa orang yang suka gelak2 and happy2 tapi Fa bukan la sorang yang friendly.. klu nak borak dengan seseorang yang baru beberapa saat jumpa memang seriusly Fa xpandai nak borak.. yeah.. I will try my best to make the air life but it will be hard.. Fa akan take time tuk mesra dengan seseorang tue... mostly Fa akan tengok and observed je dia nya character for the first time.. klu masuk then baru Fa dengan confident nya mesra dengan orang tue... susah kan... sigh~ but that is me...

Conclusion is I'm alone here...